Kejatuhan UMNO dalam pilihan raya umum ke-14 : analisis pengajaran politik

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan UMNO yang merupakan antara rejim parti dominan terunggul di dunia tumbang. Artikel ini menganalisis kronologi kejatuhan UMNO dalam konteks pengajaran politik. Ia menghujahkan bahawa kesemua sebab yang dilaporkan menyumbang kepada kekalahan UMNO pada PRU-1...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Takiyuddin Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18635/
http://journalarticle.ukm.my/18635/1/29220-89548-1-SM.pdf
Description
Summary:Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan UMNO yang merupakan antara rejim parti dominan terunggul di dunia tumbang. Artikel ini menganalisis kronologi kejatuhan UMNO dalam konteks pengajaran politik. Ia menghujahkan bahawa kesemua sebab yang dilaporkan menyumbang kepada kekalahan UMNO pada PRU-14 telah diperkatakan lebih awal sejak tahun 1999. Sebagai parti dominan yang mengalami kejatuhan yang paling lewat, UMNO telah dibentangkan dengan berbagai pembelajaran dan pengajaran politik dari kejatuhan parti-parti dominan sebelumnya. Khusus dalam hubungan ini ialah kejatuhan sebuah lagi parti konservatif terbesar iaitu LDP Jepun pada 2009 yang begitu menggusarkan UMNO. Walaupun UMNO sememangnya memaklumi dan mengambil perhatian terhadap nasib dan halatuju yang menimpa parti-parti dominan yang telah keluar dari kekuasaan, penimbaan pengajaran politik ini seringkali diaplikasikan secara sempit dan hanya cenderung dilontarkan sebagai kegunaan umum (public consumption). Kesenjangan antara pengajaran sebenar dan pengajaran berbentuk artifisial ini dihujahkan menyumbang terhadap kekalahan yang tidak dijangkakan dalam PRU-14.