Ayunan bandar dalam pilihan raya umum ke-14 : kajian kes Negeri Sembilan
Negeri Sembilan adalah salah satu negeri yang berjaya ditawan oleh Pakatan Harapan di dalam PRU-14. Artikel ini bertujuan untuk menelusuri dengan lebih lanjut berkenaan dengan proses politik yang berlaku di negeri tersebut. Artikel ini berhujah bahawa fenomena ‘ayunan bandar’ menjadi satu pemangkin...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18632/ http://journalarticle.ukm.my/18632/1/29217-89542-1-SM.pdf |
| Summary: | Negeri Sembilan adalah salah satu negeri yang berjaya ditawan oleh Pakatan Harapan di dalam PRU-14. Artikel ini bertujuan untuk menelusuri dengan lebih lanjut berkenaan dengan proses politik yang berlaku di negeri tersebut. Artikel ini berhujah bahawa fenomena ‘ayunan bandar’ menjadi satu pemangkin terhadap proses pertukaran kepimpinan yang berlaku di Negeri Sembilan. Fenomena tersebut adalah satu pemerhatian empirikal dan perbincangan kualitatif yang tidak boleh dipinggarkan kerana ia berpotensi untuk menjelaskan bagaimana negeri yang pernah menjadi kubu kuat Barisan Nasional suatu ketika dahulu boleh tewas kepada satu gagasan politik yang agak baru iaitu Pakatan Harapan. Oleh itu, artikel ini merumuskan bahawa proses ‘ayunan bandar’ dan perubahan politik yang berlaku di Negeri Sembilan adalah berlatarbelakangkan kerangka konteks nasional. Walaupun Negeri Sembilan dilihat mempunyai suhu politik yang agak konsisten dan tenang tetapi proses ayunan bandar itu tetap tidak dapat dielakkan. Undi protes secara langsung yang berlaku di Negeri Sembilan itu diterjemahkan sebagai fenomena ayunan bandar yang meliputi isu-isu seperti ketidakpastian halatuju ekonomi, krisis kepimpinan BN di peringkat nasional, korupsi dan ketirisan di dalam pentadbiran, dan strategi mobilisasi parti politik. |
|---|