Perkembangan kegiatan perniagaan tekstil di Kuala Lumpur, 1880-1941

Artikel ini berbeza dalam menjelaskan kegiatan ekonomi di Kuala Lumpur dengan mengetengahkan perkembangan perniagaan tekstil di bandar ini. Dasar kolonialisme kuasa barat mengakibatkan British telah menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan menggabungkan keempat-empat neger...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shapiza Sharif, Arba’iyah Mohd Noor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18613/
http://journalarticle.ukm.my/18613/1/54732-180160-1-SM.pdf
Description
Summary:Artikel ini berbeza dalam menjelaskan kegiatan ekonomi di Kuala Lumpur dengan mengetengahkan perkembangan perniagaan tekstil di bandar ini. Dasar kolonialisme kuasa barat mengakibatkan British telah menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan menggabungkan keempat-empat negeri tersebut di bawah sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1896. NNMB dikawal oleh British bukan sahaja menjadi pusat pembekal bahan mentah malah sebagai tempat pasaran kolonial. Kuala Lumpur turut menerima kesan penggabungan ini kerana Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada enam daerah di Selangor. Walaupun Kuala Lumpur sering ditonjolkan sebagai pusat kegiatan perlombongan, namun keadaan sedemikian tidak menghalang pelbagai kegiatan ekonomi muncul seperti perniagaan tekstil sebaik sahaja Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai ibu kota Selangor dan pusat pentadbiran British. Kepentingan kegiatan perniagaan tekstil bukan diukur dari segi kuantiti mahupun jumlah modal, sebaliknya dinilai dari segi kepentingannya dalam memenuhi keperluan penduduk tempatan dalam konteks pembangunan di Kuala Lumpur dalam tempoh tersebut. Pentadbiran British juga telah memberi galakan kepada kemunculan perniagaan berasaskan tekstil seperti menjahit pakaian. Ruang ini telah digunakan oleh syarikat seperti John Little dan Robinson dari Singapura untuk menembusi pasaran di Kuala Lumpur dengan membekalkan pakaian kepada penduduk. Dengan adanya syarikat-syarikat luar menjadi asas kepada perkembangan kegiatan perniagaan berkaitan tekstil di Kuala Lumpur.