Penyertaan rakyat secara kolektif di dalam sistem pertahanan negara menurut teori logik rasional dan teori logik ekspresif
Penyertaan secara kolektif bermaksud tindakan dua atau lebih daripada seorang individu bagi mencapai sesuatu matlamat dan manfaat yang akan dikongsi bersama. Namun begitu, terdapat juga sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut sehingga membawa kepada penyertaan secara berseor...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18596/ http://journalarticle.ukm.my/18596/1/50306-163899-2-PB.pdf |
| Summary: | Penyertaan secara kolektif bermaksud tindakan dua atau lebih daripada seorang individu bagi mencapai sesuatu matlamat dan manfaat yang akan dikongsi bersama. Namun begitu, terdapat juga sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut sehingga membawa kepada penyertaan secara berseorangan. Perkara ini turut berlaku terhadap penyertaan rakyat di dalam sistem pertahanan negara di mana terdapat dua jenis individu: pertama, yang bersemangat tinggi untuk mempertahankan tanah air dan kedua, yang tidak mengambil berat langsung akan hal tersebut. Oleh itu, penggunaan teori-teori penyertaan seperti teori logik rasional dan logik ekspresif dilihat mampu untuk merungkai sejauh mana tahap penyertaan itu diukur samada berdasarkan ganjaran dan insentif penyertaan bagi teori pertama, atau teori kedua tentang ekspresi individu yang menghasilkan nilai-nilai murni di dalam penyertaan. Data kajian adalah bersifat kualitatif melalui kaedah kepustakaan yang melibatkan penganalisaan terhadap sumber-sumber seperti buku, jurnal, tesis dan laman sesawang. Kajian ini mendapati bahawa kedua-dua teori mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyelesaikan permasalahan penyertaan secara kolektif dalam sistem pertahanan negara. Namun begitu, teori logik ekspresif lebih sesuai dipraktikkan kerana ianya melibatkan ekspresi dan perasaan cinta yang tinggi terhadap negara, mengatasi ganjaran dan insentif yang bakal diterima hasil daripada penyertaan yang dilakukan. |
|---|