Kritikan Tuan Husein Kedah terhadap Doktrin Waḥdat al-Wujūd dan Ḥulūl dalam kalangan al-Mutaṣawwifah di Nusantara
Doktrin akidah Waḥdat al-Wujūd dan Ḥulūl telah lama tersebar dalam kalangan umat Islam sehingga menjadi keyakinan dalam kalangan sebahagian golongan yang menisbahkan diri mereka kepada tasawuf dan tarekat di Nusantara. Doktrin ini dikategorikan sebagai Pantheism oleh sebahagian pengkaji kerana diang...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18504/ http://journalarticle.ukm.my/18504/1/jatma-2022-1001-03.pdf |
| Summary: | Doktrin akidah Waḥdat al-Wujūd dan Ḥulūl telah lama tersebar dalam kalangan umat Islam sehingga menjadi keyakinan dalam kalangan sebahagian golongan yang menisbahkan diri mereka kepada tasawuf dan tarekat di Nusantara. Doktrin ini dikategorikan sebagai Pantheism oleh sebahagian pengkaji kerana dianggap membawa kepada pegangan bahawa Tuhan boleh menyatu dengan makhluk-Nya atau meresap ke dalam diri makhluk-Nya. Doktrin ini secara dasarnya bercanggah dengan dasar tauhid yang dikembangkan oleh para ulama Ahli Sunnah Waljamaah di Nusantara. Dasar tauhid yang dibawa oleh para ulama ini berteraskan kepada konsep tanzīh iaitu menyucikan Allah daripada sebarang persamaan dengan makhluk-Nya, baik daripada segi zat-Nya, sifat-Nya mahupun af‘āl-Nya. Daripada konsep ini lahirnya natijah iktiqad yang bersih daripada sebarang bentuk tashbīh dan tajsīm yang menyelimuti doktrin Waḥdat al-Wujūd dan Ḥulūl. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasi kajian teks ke atas kitab Hidāyat al-Mutafakkirīn fī Taḥqīq Ma‘rifat Rabb al-‘Ālamīn karangan Tuan Husein Kedah atau nama sebenarnya Shaykh Ḥusayn Naṣir bin Muḥammad Ṭabīb al-Mas‘ūdi al-Banjarī dari abad ke-19 Masihi. Kajian ini menumpukan kepada kritikan beliau terhadap doktrin Waḥdat al-Wujūd dan Ḥulūl berdasarkan Manhaj Akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Hasil kajian mendapati bahawa Tuan Husein Kedah menentang konsep Waḥdat al-Wujūd dan Ḥulūl yang bersifat pantheisme yang menyifatkan Allah berjisim dan sama dengan makhluknya. Doktrin ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang sebenar kerana menyamakan Allah dengan makhluknya daripada beberapa sudut seperti jisim dan tempat. Pandangan beliau ini dilihat bertepatan dengan penjelasan yang telah dinyatakan oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah dalam karya-karya mereka. |
|---|