Analisis formalistik dalam kartun politik Zunar

Kartun dan politik sering menjadi isu yang sering dimainkan oleh kartunis bagi mengkritik pemimpin dan kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan visual dalam kartun politik yang dilukis oleh kartunis politik paling prolifik di Malaysia iaitu Zunar (Zulkiflee bin S.M. Anwar Haque). Tuj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noorhazalen Saad, Hamedi Mohd Adnan, Azahar Harun, Fazlina Mohd Razdi
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18497/
http://journalarticle.ukm.my/18497/1/jatma-2021-0903-02.pdf
Description
Summary:Kartun dan politik sering menjadi isu yang sering dimainkan oleh kartunis bagi mengkritik pemimpin dan kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan visual dalam kartun politik yang dilukis oleh kartunis politik paling prolifik di Malaysia iaitu Zunar (Zulkiflee bin S.M. Anwar Haque). Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana visual kartun politik Zunar menyebarkan mesej dalam lukisannya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen dan prinsipal seni dalam kartun politik Zunar menggunakan teori formalistik yang diperkenalkan oleh Ocvirk. Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif yang berteraskan analisis kandungan. Kajian ini memfokuskan kepada buku kartun Zunar yang paling dominan, iaitu Pirate of Carry-BN yang mengandungi 120 halaman dengan jumlah panel sebanyak 132. Dua daripada 69 panel yang mengandungi imej karikatur Perdana Menteri Malaysia ke-enam Dato’ Sri Najib Razak dalam buku tersebut digunakan sebagai sampel kajian. Analisis formalistik menunjukkan aspek keseimbangan (balance), pergerakan (rhythm), nilai (value), ruang (space), pengulangan (repetition), tipografi, dan penekanan (emphasis) digunakan oleh Zunar dalam setiap karya kartun politiknya. Zunar menyampaikan mesej kepada pembaca dengan menggunakan visual kartun secara langsung agar pembaca faham mesej yang ingin disampaikan.