Wakaf sebagai dana alternatif untuk pembiayaan pendidikan peringkat sekolah di Malaysia : satu tinjauan
Dana bersaiz mega diperlukan untuk kos operasi pendidikan. Sumber kewangan utama untuk pendidikan adalah peruntukan kerajaan. Namun, berdasarkan ketidaktentuan dan pelbagai cabaran ekonomi, pergantungan penuh secara berterusan kepada pembiayaan kerajaan bukan suatu amalan yang efisien. Maka, dana se...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18247/ http://journalarticle.ukm.my/18247/1/JCIL-2021-62-Article-11.pdf |
| Summary: | Dana bersaiz mega diperlukan untuk kos operasi pendidikan. Sumber kewangan utama untuk pendidikan adalah peruntukan kerajaan. Namun, berdasarkan ketidaktentuan dan pelbagai cabaran ekonomi, pergantungan penuh secara berterusan kepada pembiayaan kerajaan bukan suatu amalan yang efisien. Maka, dana sekunder amat wajar diperkenalkan supaya bidang pendidikan mempunyai kemampuan kewangan yang tekal dalam apa sahaja keadaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti. Instrumen kewangan alternatif yang boleh dicadangkan ialah wakaf. Aplikasi wakaf untuk pendidikan yang sedang dilaksanakan di Negeri Johor dan Selangor boleh dijadikan panduan. Objektif artikel ini ialah meninjau pengenalan wakaf sebagai mekanisme kewangan komplementatif untuk pendanaan pendidikan peringkat sekolah di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah analisis kandungan. Metode kutipan data ialah analisis dokumen dan data dianalisis secara deskriptif serta induktif. Hasil tinjauan awal mendapati wujud kekangan-kekangan bagi merealisasikan cadangan berkenaan seperti dari sudut perundangan. Namun, terdapat juga ruang-ruang yang boleh dieksploitasi secara optimum bagi menggagaskan wakaf pendidikan untuk peringkat sekolah seperti peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian Pendidikan. Implikasi kajian ini dapat menambah input dan informasi kepada pihak berkepentingan untuk merealisasikan tabung wakaf pendidikan untuk sekolah. Para pemegang taruh dalam pendidikan mesti menggembleng seluruh sumber dan keupayaan ke arah menjayakan hasrat murni ini agar pendidikan negara sentiasa di tahap terbaik seiring kemajuan dunia. |
|---|