Sorotan literatur bersistematik terhadap kompetensi guru menerapkan konsep pendidikan untuk pembangunan lestari dalam pengajaran
Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) merupakan satu konsep pendidikan yang bertujuan untuk menyediakan warganegara global yang berkeupayaan mencipta masa depan dunia yang lestari. Guru yang mahir dan kompeten menjadi salah satu faktor kejayaan kritikal penerapan konsep ESD dalam pengajaran di...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18197/ http://journalarticle.ukm.my/18197/1/50902-172559-1-PB.pdf |
| Summary: | Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) merupakan satu konsep pendidikan yang bertujuan untuk menyediakan warganegara global yang berkeupayaan mencipta masa depan dunia yang lestari. Guru yang mahir dan kompeten menjadi salah satu faktor kejayaan kritikal penerapan konsep ESD dalam pengajaran di sekolah. Bagaimanapun, kajian sorotan literatur bersistematik (SLR) berkaitan kompetensi guru menerapkan konsep ESD dalam pengajaran di sekolah masih kurang dijalankan. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis kompetensi ESD yang diperlukan guru bagi membolehkan mereka menerapkan konsep ESD dalam pengajaran dengan berkesan. Kajian dijalankan menggunakan metodologi SLR berdasarkan protokol kajian ROSES (RepOrting standards for Systematic Evidence Syntheses). Artikel-artikel yang dikaji dipilih daripada dua pangkalan data utama iaitu Web of Sciences dan Scopus serta satu pangkalan data sokongan iaitu Google Scholar. Berdasarkan analisis tematik yang dijalankan terhadap kesemua artikel yang terpilih pengkaji telah mengklusterkan dapatan kajian kepada tiga tema kompetensi ESD utama yang diperlukan oleh guru untuk menerapkan konsep ESD dalam pengajaran iaitu kompetensi profesional keguruan ESD, kompetensi intrapersonal ESD guru dan kompetensi kelestarian ESD spesifik. Dapatan kajian ini mempunyai beberapa sumbangan yang signifikan terhadap korpus ilmu dan juga praktis. Antaranya ialah dapatan kajian ini dapat digunakan untuk merangka strategi peningkatan kompetensi ESD guru-guru di Malaysia dan dapat membuka ruang kepada perbahasan lanjut tentang bagaimana kompetensi ESD guru-guru di Malaysia boleh ditingkatkan. |
|---|