Aplikasi kaedah perubahan hukum dengan berubahnya masa dalam Siyasah Syariyyah

Seringkali perubahan sesuatu hukum dalam sesuatu ijtihad politik dipertikaikan oleh sesetengah golongan masyarakat. Hal ini disebabkan kejahilan mereka terhadap satu kaedah iaitu “Tidak Diingkari Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan Masa”. Secara umumnya hukum Islam terdiri daripada dua bahagian iai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Izzuddin Mohd Noor, Fatimah Nadirah Mohd Noor
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18191/
http://journalarticle.ukm.my/18191/1/JCIL-2021-6-1-Article-6.pdf
Description
Summary:Seringkali perubahan sesuatu hukum dalam sesuatu ijtihad politik dipertikaikan oleh sesetengah golongan masyarakat. Hal ini disebabkan kejahilan mereka terhadap satu kaedah iaitu “Tidak Diingkari Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan Masa”. Secara umumnya hukum Islam terdiri daripada dua bahagian iaitu yang kekal tidak berubah selama-lamanya dan juga tidak kekal boleh berubah mengikut kesesuaian zaman. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kaedah perubahan hukum dengan berubahnya masa dapat diaplikasikan dalam pendekatan Siyasah Syariyyah semasa. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana pengkaji akan mengumpulkan maklumat daripada kitab-kitab turath dan kontemporari, kajian-kajian ilmiah, fatwa-fatwa semasa berkaitan dengan kaedah perubahan hukum disebabkan perubahan masa dan juga Siyasah Syariyyah. Semua maklumat ini akan dianalisis dan dicernakan untuk mendapatkan gambaran sebenar berkaitan dengan aplikasi kaedah ini dalam politik Islam semasa. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini sangat penting untuk diterapkan dalam aspek Siyasah Syariyyah oleh pihak pemerintah dalam berhadapan dengan rakyat yang sering kali mempertikaikan sesuatu polisi yang dirasakan bercanggah dengan hukum syarak, sedangkan perubahan hukum berdasarkan perubahan masa tidak bercanggah sama sekali dengan Syariah.