Baby hatch menurut perundangan Malaysia dan syarak
Penubuhan baby hatch mengundang konflik dan salah faham dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Mereka menolak dan melihat kewujudan baby hatch sebagai satu jalan baru bagi menggalakkan penzinaan. Persepsi negatif masyarakat terhadap penubuhan baby hatch disusuli dengan beberapa isu perundangan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18190/ http://journalarticle.ukm.my/18190/1/JCIL-2021-61-Article-5.pdf |
| Summary: | Penubuhan baby hatch mengundang konflik dan salah faham dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Mereka menolak dan melihat kewujudan baby hatch sebagai satu jalan baru bagi menggalakkan penzinaan. Persepsi negatif masyarakat terhadap penubuhan baby hatch disusuli dengan beberapa isu perundangan yang agak kabur berkaitan kesahihan penubuhan baby hatch. Malah, amalannya mengundang pelbagai reaksi dan masalah. Peruntukan undang-undang di Malaysia dan syarak berkaitan dengan isu pelaksanaan baby hatch dianalisis untuk melihat sejauhmana setiap tindakan berkaitan dengan baby hatch dibenarkan oleh undang-undang di Malaysia dan syarak. Hasil analisis menunjukkan undang-undang yang ada tidak secara khusus berkaitan baby hatch. Malahan pelbagai undang-undang terlibat secara tidak langsung bergantung kepada isu-isu yang dikaitkan dengan pelaksanaan baby hatch. Antaranya, isu pengabaian ibu bapa atau penjaga bayi, pembuangan bayi dan kedudukan tindakan mereka meletakkan anak di baby hatch dari sudut perundangan. Sementara dari sudut syarak, isu penubuhan baby hatch bertepatan dengan maqāṣid dan al-dharuriyyāt al-khamsah yang menjadi landasan utama untuk menilai keperluan dan kesahihan pelaksanaan baby hatch menurut syarak. |
|---|