Kompetensi profesionalisme guru geografi di Malaysia

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji kompetensi profesionalisme guru dalam kurikulum geografi tingkatan enam di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 200 orang guru geografi seluruh Malaysia yang dipecahkan kepada lima zon; Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Selatan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hanifah Mahat, Nasir Nayan, Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Saiyidatina Balkhis Norkhaidi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18106/
http://journalarticle.ukm.my/18106/1/43867-164995-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan bagi mengkaji kompetensi profesionalisme guru dalam kurikulum geografi tingkatan enam di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 200 orang guru geografi seluruh Malaysia yang dipecahkan kepada lima zon; Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Malaysia Timur yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Enam pemboleh ubah kompetensi profesionalisme dan pedagogi yang dikaji adalah kefahaman guru mengikut tajuk, pengetahuan profesionalisme perguruan, pengetahuan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi dan nilai profesionalisme keguruan guru. Hasil kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah kompetensi profesionalisme dan pedagogi adalah berada pada tahap tinggi. Analisis kolerasi pula menunjukkan kefahaman guru mengikut tajuk mempunyai hubungan signifikan yang kuat dengan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi, manakala hubungan signifikan yang sederhana dengan pengetahuan profesionalisme perguruan dan nilai profesionalisme keguruan guru. Justeru, ini menunjukkan aspek pengetahuan profesionalisme perguruan dan nilai profesionalisme keguruan perlu dipertingkatkan dalam mencapai kompetensi profesionalisme dan pedagogi guru Geografi Tingkatan Enam di Malaysia yang ideal.