Pemikiran akidah Shaykh Nāzim Al-Qubrusī menurut Ahli Sunnah Waljamaah : ulasan kritikal terhadap dakwaan dalam isu-isu tasawuf
Kajian ini merupakan suatu ulasan kritikal terhadap tesis yang bertajuk ‘Pemikiran Akidah Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī Menurut Ahli Sunnah Waljamaah’, sebuah tesis di peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang meneliti beberapa sisi pandangan akidah dan tasawuf Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī. Pemilik tesis telah m...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17941/ http://journalarticle.ukm.my/17941/1/454-Article%20Text-1628-1-10-20211230.pdf |
| Summary: | Kajian ini merupakan suatu ulasan kritikal terhadap tesis yang bertajuk ‘Pemikiran
Akidah Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī Menurut Ahli Sunnah Waljamaah’, sebuah tesis
di peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang meneliti beberapa sisi pandangan akidah
dan tasawuf Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī. Pemilik tesis telah menyimpulkan bahawa
ajaran Shaykh Nāẓim sebagai bercanggah dengan pandangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang benar. Namun, penelitian yang mendalam terhadap tesis mendapati
bahawa termuat padanya beberapa kesalahan dan kecacatan dari segi penggunaan
metodologi dan penghujahan. Penulis tesis dilihat gagal untuk memahami
beberapa perumpamaan dan metafora berbahasa Inggeris, mereka-reka andaian
sendiri secara sengaja dan tidak meraikan khilāf para ilmuwan dalam beberapa isu
tertentu. Ini ditambah pula dengan kenyataan bahawa Tarekat Shaykh Nāẓim ini
telah pun diperakui untuk diamalkan di Negeri Sembilan. Oleh kerana itu, kajian
ini ditulis bagi menganalisis beberapa dakwaan salah terkait isu-isu tasawuf yang
terkandung di dalam tesis serta meneliti interpretasi penulisnya terhadap teks-teks
Shaykh Nāẓim dalam isu-isu tersebut. Metodologi yang diguna pakai adalah kajian
tekstual analisis tesis. Isu-isu yang dibahaskan termasuklah mengenai kesahihan
sanad tarekat Shaykh Nāẓim, konsep Nūr Muḥammad, isu wali bersifat dengan
sifat-sifat Allah, stesen kuasa wali, wali memiliki aroma khas dan wali mengetahui
ilmu rahsia di dalam al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa dakwaan yang
dinyatakan di dalam tesis adalah tidak benar dan tersasar daripada apa yang
dimaksudkan oleh Shaykh Nāẓim. Hal ini dilihat berpunca daripada beberapa
faktor antaranya seperti bergantung kepada sumber sekunder sebagai rujukan,
tidak melakukan pengesahan maklumat, tidak memahami perumpamaan dan
metafora bahasa Inggeris, pengabaian konteks, pembacaan yang tidak luas dalam bidang akidah dan tasawuf sehingga membuat kesimpulan yang bersandar kepada
andaian semata-mata. |
|---|