Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan belia Melayu menggunakan pemodelan kuasa dua terkecil separa

Berdasarkan Laporan Indeks Belia Malaysia 2019, tahap kesejahteraan ekonomi belia Melayu adalah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan ini menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 2015-2017 yang mencatatkan tahap kesejahteraan ekonomi belia Melayu pada tahap tidak memuaskan. Ini memb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zalina Mohd Ali, Nurul Nabihah Ismail, Nur Riza Suradi, Zainol Mustafa, Munira Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17938/
http://journalarticle.ukm.my/17938/1/Paper-6-Zalina.pdf
Description
Summary:Berdasarkan Laporan Indeks Belia Malaysia 2019, tahap kesejahteraan ekonomi belia Melayu adalah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan ini menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 2015-2017 yang mencatatkan tahap kesejahteraan ekonomi belia Melayu pada tahap tidak memuaskan. Ini memberi gambaran bahawa masih ada ruang untuk menambah baik kelemahan belia Melayu dalam menguruskan kewangan dan ekonomi. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kesejahteraan kewangan dalam kalangan belia Melayu menggunakan Pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa. Kaedah pensampelan mudah dilakukan di zon tengah iaitu di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Seramai 205 orang responden yang terdiri daripada kakitangan awam dan swasta terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Hasil analisis Pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa menunjukkan bahawa semua faktor yang dipertimbangkan menyumbang kepada kesejahteraan kewangan. Misalnya, penggajian didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan stres kewangan, kepuasan kewangan, dan kesejahteraan kewangan. Manakala, stres kewangan pula menunjukkan hubungan negatif dengan kepuasan kewangan dan dapatan ini menyokong kajian penyelidik terdahulu.