Syair Diraja Melayu Perak-Johor era kontemporari : satu perbandingan kepengarangan
Abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi idea kepengarangan. Penceritaan dan pujian ini disampaikan dengan menjadikan syair sebagai wadahnya. Syair terakhir yang merakamkan sejarah golongan Diraja ini ialah Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17884/ http://journalarticle.ukm.my/17884/1/52307-171722-2-PB.pdf |
| Summary: | Abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi
idea kepengarangan. Penceritaan dan pujian ini disampaikan dengan menjadikan syair
sebagai wadahnya. Syair terakhir yang merakamkan sejarah golongan Diraja ini ialah Syair
Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953). Walau bagaimanapun,
kepengarangan sedemikian kurang digunakan apabila berkembangnya sastera moden. Kuasa
Barat membawa kepelbagaian bentuk dan genre baharu dalam pengkaryaan. Setelah 56 tahun
berlalu, muncul dua karya, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009), Mohd Ibrahim bin
Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah
binti Masrom pada era kontemporari ini. Raja dan sultan menjadi objek penceritaan dalam
kedua-dua karya ini. Persoalannya, apakah skop atau kriteria yang menjadi idea
kepengarangan mereka? Skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan yang digunakan
kedua-dua penulis dalam mempersembahkan penceritaan berhubung raja-raja mereka.
Kedua-dua teks syair DiRaja ini dijadikan sampel kajian. Kaedah kaji banding diaplikasi untuk
meneliti kepengarangan mereka dalam mempersembah idea rakaman sejarah DiRaja pada era
kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan.
Dapatan kajian menemukan biografi raja menjadi skop atau kriteria yang menjadi idea
kepengarangan kedua-dua penulis dalam menjulang dan memartabatkan rajanya. |
|---|