Prospek Lembah Klang ke arah bandar rendah karbon
Matlamat pengurangan emisi karbon global sebanyak 50% menjelang tahun 2050 memerlukan penyertaan daripada pelbagai komponen masyarakat. Kajian telah dijalankan untuk meneroka prospek kawasan Lembah Klang ke arah Bandaraya Rendah Karbon (BRK) dari dimensi persepsi, tahap kesediaan dan limitasi pen...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17875/ http://journalarticle.ukm.my/17875/1/52298-171715-1-PB.pdf |
| Summary: | Matlamat pengurangan emisi karbon global sebanyak 50% menjelang tahun 2050 memerlukan
penyertaan daripada pelbagai komponen masyarakat. Kajian telah dijalankan untuk meneroka
prospek kawasan Lembah Klang ke arah Bandaraya Rendah Karbon (BRK) dari dimensi
persepsi, tahap kesediaan dan limitasi penyertaan masyarakat. Kawasan Lembah Klang telah
dipilih sebagai kawasan penelitian kajian kerana ia mempunyai kepadatan penduduk yang
tinggi dan sektor ekonomi yang berkembang pesat. Kajian telah dijalankan secara kualitatif
menggunakan instrumen temubual semi-struktur mendalam dan data yang diperoleh telah
dianalisa secara analisa tema. 8 tema telah ditemui dalam kajian ini iaitu tema definisi, kriteria
dan sumber emisi karbon di bawah dimensi persepsi; tema amalan dan kesedaran di bawah
dimensi kesediaan masyarakat; dan tema insentif, politik dan hebahan di bawah dimensi
limitasi penyertaan masyarakat. Semua tema yang ditemui dalam kajian ini menegaskan
tentang keperluan mengubah gaya hidup kepada penjimatan tenaga dalam aktiviti harian
tanpa mengurangkan keselesaan hidup. Maka secara prinsipnya, penyelidik merumuskan
bahawa prospek kawasan Lembah Klang untuk mencapai bandar rendah karbon dari dimensi
persepsi, kesediaan dan limitasi penyertaan masyarakat pada masa akan datang adalah sangat
berpotensi. |
|---|