Keberkesanan pengaturan kerja fleksibel : penghibridan pengurusan sumber manusia dan pengurusan perakaunan
Sejak beberapa dekad pengaturan kerja fleksibel (PKF) telah menjadi perhatian disebabkan oleh cabaran sosioekonomi, kemajuan teknologi, perniagaan tanpa sempadan dan terkini ialah krisis pandemik yang telah mendesak kebanyakan perniagaan untuk terus beroperasi melalui PKF. Menerusi kajian ini suat...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17791/ http://journalarticle.ukm.my/17791/1/49052-168087-1-PB.pdf |
| Summary: | Sejak beberapa dekad pengaturan kerja fleksibel (PKF) telah menjadi perhatian disebabkan oleh cabaran sosioekonomi,
kemajuan teknologi, perniagaan tanpa sempadan dan terkini ialah krisis pandemik yang telah mendesak
kebanyakan perniagaan untuk terus beroperasi melalui PKF. Menerusi kajian ini suatu kerangka penyelidikan
yang agak baharu diperkenalkan bertujuan untuk mempelopori penyelidikan penghibridan pengurusan sumber
manusia (PSM) dan perakaunan pengurusan (PP) agar PKF dapat dirancang dengan lebih berkesan. Kajian ini
berdasarkan epistemologi interpretivisme dan pendekatan konstruktivis sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa
PSM dan PP adalah dua fungsi perniagaan yang berbeza tetapi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
bersalingan atau bertindih di dalam organisasi. Oleh itu penghibridan strategi antara PSM dan PP dalam
merangka pelan pelaksanaan PKF yang lebih efektif dan efisien adalah wajar. Keaslian kajian ini ialah
mengembangkan kerangka konseptual strategik antara PSM dan PP dan mengembangkan landasan penyelidikan
yang lebih konklusif dan membantu organisasi dalam penyediaan pelan strategik dalam pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel. |
|---|