Kajian penerimaan teknologi masyarakat warga emas luar bandar di mukim Beranang, Selangor

Teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat. Pelbagai cabaran penggunaan teknologi seperti masalah penguasaan penggunaan teknologi akan memberi kesan terhadap komunikasi digital. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk memahami penerimaan teknologi dan isu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ely Salwana Mat Surin, Nazlena Mohamad Ali, Norshita Mat Nayan, Rabiah Abd Kadir, Khadijah Alavi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17764/
http://journalarticle.ukm.my/17764/1/04.pdf
Description
Summary:Teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat. Pelbagai cabaran penggunaan teknologi seperti masalah penguasaan penggunaan teknologi akan memberi kesan terhadap komunikasi digital. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk memahami penerimaan teknologi dan isu yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar yang merangkumi warga emas dalam persekitaran teknologi masa kini. Soal selidik diguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan penerimaan dan permasalahan teknologi masyarakat luar bandar termasuk warga emas luar bandar Mukim Beranang. Jumlah reponden luar bandar keseluruhan adalah seramai 100 orang dan 45 orang daripada mereka dikategorikan sebagai warga emas berumur 55 tahun dan ke atas. Kajian mendapati tahap penggunaan teknologi masih rendah dikalangan warga emas walaupun sebanyak 64.4% dikalangan mereka mempunyai telefon pintar dan telefon bimbit. Hasil kajian ini menunjukkan punca utama yang menghalang penggunaan teknologi di kalangan warga emas adalah masalah penglihatan, masalah memahami teknologi dan masalah pergerakan (geletar, nyeri pada sendi). Kajian rintis ini telah membuka ruang penyelidikan untuk melihat apakah langkah dan peluang untuk meningkatkan dan memperluaskan pembangunan teknologi di kalangan warga emas pada masa hadapan.