Lawsonia inermis Linn. (inai) dalam perspektif hadith : aplikasi dalam etnobotani Melayu dan kehadiran aktiviti antioksida

Tumbuhan inai telah dikenali sejak dahulu sebagai tumbuhan pelbagai guna dan telah dilaporkan manfaatnya dalam hadith dan etnobotani Melayu. Walau bagaimanapun, kajian saintifik tentang potensi inai sebagai agen pencegahan luka masih terhad dan tidak meluas. Sebatian antioksida semulajadi di dalam t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Remy Othman, Khadher Ahmad, Zulkifli Mohd Yusoff, Khalijah Awang, Mohd Farhan Md Ariffin, Rozana Othman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17503/
http://journalarticle.ukm.my/17503/1/48497-157320-1-PB.pdf
Description
Summary:Tumbuhan inai telah dikenali sejak dahulu sebagai tumbuhan pelbagai guna dan telah dilaporkan manfaatnya dalam hadith dan etnobotani Melayu. Walau bagaimanapun, kajian saintifik tentang potensi inai sebagai agen pencegahan luka masih terhad dan tidak meluas. Sebatian antioksida semulajadi di dalam tumbuhan adalah amat penting bagi proses penyembuhan luka. Secara umumnya antioksida berfungsi untuk melambatkan kesan keradangan kulit dan menghalang enzim tromboplastin daripada diserang oleh radikal bebas dalam proses penyembuhan luka oleh sistem kulit manusia. Objektif kajian ini adalah untuk membuktikan kewujudan sebatian antioksida dalam esktrak inai. Metode kajian yang digunapakai adalah dengan menguji kandungan antioksida dalam inai, berbanding dengan sebatian antioksida piawai iaitu quercetine dan gallic acid, melalui Ujian DPPH. Hasil kajian menunjukkan bahawa kewujudan sebatian antioksida dalam inai, berfungsi membantu proses penyembuhan luka secara semulajadi seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Dapatan eksperimen ini amat penting untuk ujikaji selanjutnya seperti ujian tahap ketoksikan inai, dan ujian antikeradangan dalam perut tikus (gastroprotective) daripada ekstrak inai.