Kesan tanggapan politik terhadap tingkah laku menyembunyikan pengetahuan : konflik sebagai pengantara
Tingkah laku menyembunyikan pengetahuan didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada organisasi secara keseluruhan. Sorotan literatur menunjukkan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan di tempat kerja dipengaruhi oleh faktor berkaitan diri pekerja dan faktor sit...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17467/ http://journalarticle.ukm.my/17467/1/46889-159748-4-PB.pdf |
| Summary: | Tingkah laku menyembunyikan pengetahuan didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga
kepada organisasi secara keseluruhan. Sorotan literatur menunjukkan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan di
tempat kerja dipengaruhi oleh faktor berkaitan diri pekerja dan faktor situasi yang berkaitan dengan organisasi. Kajian
ini dijalankan untuk menguji hubungan antara tanggapan politik dengan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan
dalam kalangan pekerja yang bekerja dalam pasukan. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya
kesan langsung tanggapan politik terhadap tingkah laku menyembunyikan pengetahuan, serta kesan tidak langsung
menerusi konflik hubungan sebagai pengantara. Model Persamaan Berstruktur digunakan untuk menguji hipotesis
berdasarkan data daripada 339 orang ahli akademik yang menjalankan penyelidikan secara berpasukan. Dapatan
kajian ini menunjukkan hubungan langsung dan tidak langsung yang signifikan antara tanggapan politik dengan tingkah
laku menyembunyikan pengetahuan, serta hubungan tidak langsung menerusi konflik hubungan sebagai pengantara.
Secara teorinya, kajian ini menyumbang kepada literatur menerusi penggunaan teori pemuliharaan sumber dalam
menerangkan tingkah laku menyembunyikan pengetahuan di tempat kerja. |
|---|