Keperluan penilaian pelaksanaan mata pelajaran Maharat al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab

Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap keperluan penilaian pelaksanaan mata pelajaran Maharat al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab. Selaras dengan perubahan gelombang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Faizulamri Mohd Saad, Sabri Mohamad, Latifah Abdul Majid, Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah, Rabi’atul Athirah Muhamad Isa
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17371/
http://journalarticle.ukm.my/17371/1/138-274-2-PB.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap keperluan penilaian pelaksanaan mata pelajaran Maharat al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab. Selaras dengan perubahan gelombang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang mengintegrasikan ilmu secara bersepadu. Kurikulum TMUA yang menggabungkan tiga elemen penting iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik ini telah bermula sejak tahun 2014 lagi. Melihat kepada sejarah penubuhan TMUA yang baru menjangkau enam tahun penubuhannya, maka kertas kerja ini membincangkan penilaian kemudahan dan alat bantu mengajar semasa pelaksanaan kurikulum Maharat al-Quran dan kaedah pengajaran guru TMUA. Fokus perbincangan juga melibatkan beberapa isu dan permasalahan yang berbangkit merangkumi beberapa elemen penting tentang mata pelajaran Maharat al-Quran ini. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif ini melibatkan empat orang guru TMUA yang mewakili sekolah TMUA setiap zon di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kemudahan dan alat bantu mengajar memberikan impak yang tinggi terhadap keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan. Para guru juga mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap elemen PAK 21 ketika PdPc. Di samping itu, kertas kajian ini juga membincangkankan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan isu yang dikaji serta mencadangkan akan keperluan membuat penilaian terhadap mata pelajaran elektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini sebagai usaha membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan sedia ada di Sekolah Menengah TMUA.