Hubungan Qasas al-Qur’an dengan pendekatan dakwah: tumpuan terhadap pemikiran tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Qasas al-Quran merupakan kandungan al-Quran yang berkaitan dengan penceritaan al-Quran tentang hal ehwal umat terdahulu dan kisah-kisah nabi serta peristiwa yang telah berlaku atau berlaku semasa nuzul al-Quran atau peristiwa yang akan terjadi selepas zaman Nabi SAW. Allah SWT membentangkan qasas...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17369/ http://journalarticle.ukm.my/17369/1/135-268-2-PB.pdf |
| Summary: | Qasas al-Quran merupakan kandungan al-Quran yang berkaitan dengan penceritaan al-Quran tentang hal
ehwal umat terdahulu dan kisah-kisah nabi serta peristiwa yang telah berlaku atau berlaku semasa nuzul al-Quran atau peristiwa yang akan terjadi selepas zaman Nabi SAW. Allah SWT membentangkan qasas al-Qur’an bertujuan untuk mengemukakan pengajaran-pengajaran yang dapat diteladani oleh umat Islam dalam
konteks semasa. Kertas kerja ini memberi fokus kepada pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap qasas al-Quran
sebagai salah satu sumber dakwahnya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara analisis
kandungan. Data kajian dikumpulkan menerusi analisis dokumen terhadap rakaman-rakaman tafsir dan
beberapa buah buku tafsir Abdul Hadi Awang yang telah diterbitkan. Data-data ini kemudiannya dianalisis
secara deskriptif. Kajian ini mendapati Abdul Hadi Awang menjadikan qasas al-Quran sebagai sumber
pemikiran dakwahnya. Pemikirannya terhadap qasas al-Qur’an dalam dakwah dapat dibahagikan kepada dua
iaitu mengeluarkan pengajaran dan menghubungkannya dengan isu semasa. Implikasi kajian ini ialah
pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap qasas al-Quran memberi impak kepada penyebaran dakwah dalam
jalur politik yang diterajuinya. |
|---|