Kayu sebagai bahan binaan di Lembah Bujang dan perbandingan dengan tapak-tapak Yarang, Takuapa dan Batujaya

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepenggunaan kayu sebagai bahan binaan di Lembah Bujang dan membandingkanya dengan beberapa lokasi serantau seperti Yarang dan Takuapa di Thailand dan juga Batujaya di Pulau Jawa. Kayu boleh digunakan dalam pelbagai cara dalam pembinaan dan cara penggunaanya d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sidhu, Meljev Singh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17344/
http://journalarticle.ukm.my/17344/1/43805-161882-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepenggunaan kayu sebagai bahan binaan di Lembah Bujang dan membandingkanya dengan beberapa lokasi serantau seperti Yarang dan Takuapa di Thailand dan juga Batujaya di Pulau Jawa. Kayu boleh digunakan dalam pelbagai cara dalam pembinaan dan cara penggunaanya di boleh dibandingkan untuk menentukkan sama ada terdapat perhubungan teknologi di antara tapak-tapak tersebut. Kajian ini penting kerana belum ada kajian yang mengkaji kepenggunaan kayu sebagai bahan binaan di pelabuhan-pelabuhan awal dalam rantau Asia Tenggara. Memandangkan bahawa kayu adalah sebuah bahan binaan yang mudah mereput dan juga kerana tapak-tapak kajian telah terganggu, penulisan-penulisan ahli arkeologis yang lama telah dirujuk untuk mendapat gambaran tentang kepenggunaan kayu di lokasi-lokasi tersebut. Tempoh penggunaan bahan ini telah dicungkil daripada penulisan ahli-ahli arkeologi terdahulu. Artifak buatan kayu tidak dijumpai di Lembah Bujang tetapi kepenggunaan bahan ini dipercayai berlangsung daripada abad kedua sehingga abad kelima belas Masihi berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan binaan lain yang lebih kental. Kayu juga telah digunakan di Yarang dan Takuapa namun tempoh penggunaan bahan ini belum ditentukan dengan tepat. Di Batujaya, bahan ini telah digunakan dari kurun kelima sehingga kurun kesepuluh Masihi. Cara penggunaan kayu sama ada berbeza ataupun tidak dapat ditentukan secara tepat di antara tapak-tapak yang dikaji dan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan teknologi di antara tapak-tapak tersebut. Dicadangkan bahawa kajian seperti ini dilanjutkan kepada pelabuhan-pelabuhan protosejarah lain di Asia Tenggara untuk memberi gambaran lebih lengkap tentang senibina pada zaman protosejarah.