Pengetahuan isi kandungan khusus dan efikasi kendiri guru sekolah rendah dalam pengajaran topik pecahan
Efikasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi Pengetahuan Isi Kandungan Khusus (PIKK) guru matematik. Malah, PIKK yang kukuh mampu memberikan keupayaan kepada guru dalam mengorganisasikan sesi pengajaran dan pembelajaran ke suatu peringkat yang lebih berkesan. Oleh itu, kajia...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17327/ http://journalarticle.ukm.my/17327/1/42122-140557-1-PB.pdf |
| Summary: | Efikasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi Pengetahuan Isi Kandungan Khusus (PIKK)
guru matematik. Malah, PIKK yang kukuh mampu memberikan keupayaan kepada guru dalam mengorganisasikan sesi
pengajaran dan pembelajaran ke suatu peringkat yang lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk
menentukan perbezaan PIKK dan efikasi kendiri guru sekolah rendah dalam pengajaran topik pecahan berdasarkan
lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Kajian tinjauan ini melibatkan 209 orang guru matematik sekolah rendah
di daerah Seremban yang menggunakan pensampelan rawak berperingkat iaitu rawak berstrata dan berkelompok.
Instrumen kajian merupakan soal selidik yang telah diadaptasi bagi mengukur konstruk PIKK dan Efikasi Kendiri yang
berfokuskan pengajaran guru sekolah rendah dalam topik pecahan. Hasil analisis ujian inferensi ANOVA dua hala
mendapati, tiada kesan interaksi antara faktor lokasi sekolah dan pengalaman mengajar terhadap skor PIKK dan Efikasi
Kendiri. Namun terdapat perbezaan PIKK dan efikasi kendiri guru yang signifikan dalam pengajaran topik pecahan
berdasarkan faktor lokasi sekolah dan pengalaman mengajar secara berasingan. Keputusan ujian perbandingan
berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan skor PIKK dan Efikasi Kendiri yang signifikan berdasarkan lokasi sekolah
dan pengalaman mengajar bagi kategori umur 5-10 tahun dengan 17 tahun ke atas. Implikasinya, penambahbaikan
terhadap aktiviti dan perancangan terhadap program pembangunan profesionalisme guru dapat dilaksanakan sebagai
satu usaha dalam memastikan efikasi kendiri guru dapat dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih cemerlang. Hal ini
secara tidak langsung akan dapat melahirkan guru yang komited dan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam PIKK
dan akhirnya dapat merungkai kurikulum matematik dengan lebih baik. |
|---|