Pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak
Teori kecerdasan pelbagai dibangunkan oleh Gardner memperlihatkan setiap manusia mempunyai kecerdasan pelbagai. Teori ini telah mengakui setiap individu mempunyai kekuatan yang perlu dicungkil agar berjaya dalam kehidupan. Maka kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan pengaruh kecerdasan pe...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17325/ http://journalarticle.ukm.my/17325/1/42140-140547-1-PB.pdf |
| Summary: | Teori kecerdasan pelbagai dibangunkan oleh Gardner memperlihatkan setiap manusia mempunyai kecerdasan
pelbagai. Teori ini telah mengakui setiap individu mempunyai kekuatan yang perlu dicungkil agar berjaya dalam
kehidupan. Maka kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian
akademik bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut, Matang dan Selama (LMS), Perak. Kajian ini melibatkan 291
orang responden yang terdiri daripada lapan buah sekolah menengah di bahagian LMS yang menawarkan subjek
Pengajian Perniagaan kepada pelajar tingkatan enam. Kajian ini menggunakan persampelan secara rawak. Instrumen
yang digunakan adalah berasaskan Multiple Intelligences Test yang dibangunkan oleh Gardner yang mempunyai lapan
domain kecerdasan pelbagai. Antaranya domain kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan
visual ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan
kecerdasan naturalis. Data dianalisis dengan menggunakan ujian regresi pelbagai. Hasil dapatan kajian menunjukkan
terdapat empat domain kecerdasan pelbagai yang mempunyai pengaruh terhadap pencapaian akademik iaitu domain
kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang dan kecerdasan interpersonal. Hasil
kajian juga turut menunjukkan terdapat empat domain kecerdasan pelbagai yang tidak signifikan terhadap pencapaian
akademik subjek pengajian Perniagaan iaitu kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan intrapersonal dan
kecerdasan naturalis. Secara keseluruhannya, hasil kajian juga menunjukkan kecerdasan pelbagai memberi impak
positif dalam kalangan pelajar dari segi mengenal pasti kekuatan diri sendiri, memperkembangkan potensi diri, berfikir
secara kritis serta membina modal insan yang unggul seterusnya mendorong pencapaian akademik yang cemerlang.
Kesimpulannya, kecerdasan pelbagai memberi implikasi membimbing guru mempraktikkan pengajaran pelbagai
dalam pelbagai kaedah agar mencungkil potensi pelajar dalam pencapaian akademik subjek Pengajian Perniagaan. |
|---|