Hubungan antara gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi dan hasrat untuk kekal: penilaian analisis Sobel

Gaya kepimpinan merupakan salah satu atribut yang sering mendapat perhatian penyelidik. Karektor seseorang pemimpin merupakan faktor yang signifikan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Kajian ini menumpukan kepada gaya kepimpinan spiritual, gaya kepimpinan transformasio...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zafir Khan Mohamed Makhbul, Mohd Iqhsan Shahfarie Ibrahim, Zaini Jamaludin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17300/
http://journalarticle.ukm.my/17300/1/38071-140836-1-PB.pdf
Description
Summary:Gaya kepimpinan merupakan salah satu atribut yang sering mendapat perhatian penyelidik. Karektor seseorang pemimpin merupakan faktor yang signifikan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Kajian ini menumpukan kepada gaya kepimpinan spiritual, gaya kepimpinan transformasional dan transaksional yang diamalkan oleh pemimpin politik dan pengaruhnya terhadap komitmen organisasi serta hasrat untuk kekal para pegawai parti politik yang dilantik. Gaya kepimpinan spiritual yang masih belum mendapat perhatian yang luas daripada para penyelidik menjadi fokus utama di dalam kajian ini. Secara spesifik, kajian ini turut menilai peranan faktor pengantara iaitu komitmen afektif dan normatif terhadap perhubungan antara gaya kepimpinan spiritual, transformasional dan transaksional dengan hasrat untuk kekal bersama institusi. Kajian dijalankan dalam kalangan Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan PAS Kawasan di seluruh negeri Selangor. Sejumlah 357 borang soal selidik telah dianalisis daripada 1,290 borang yang diedarkan. Pengujian hipotesis menggunakan kaedah analisis regresi berbilang dan analisis Sobel. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga gaya kepimpinan memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan tahap komitmen afektif dan normatif terhadap organisasi. Gaya kepimpinan juga didapati mempunyai hubungan yang positif dengan hasrat untuk kekal. Analisis kesan pengantara mendapati komitmen normatif berperanan sebagai pengantara kepada hubungan antara gaya kepimpinan spiritual, transformasional dan transaksional dengan hasrat untuk kekal. Dapatan kajian menyumbang kepada aspek teoretikal dan aplikasi pengurusan terutamanya berkaitan gaya kepimpinan spiritual.