Penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Rajabhat Yala (Yru) Thailand
Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi di Thailand telah dijadikan pilihan utama oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Demikian juga di Universiti Rajabhat Yala (YRU). Setelah kerajaan memberi kelonggaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, bahasa Melayu buk...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17298/ http://journalarticle.ukm.my/17298/1/37052-140831-1-PB.pdf |
| Summary: | Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi di Thailand telah dijadikan pilihan utama oleh pelajar dalam pembelajaran
bahasa asing. Demikian juga di Universiti Rajabhat Yala (YRU). Setelah kerajaan memberi kelonggaran dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, bahasa Melayu bukan sekadar dijadikan sebagai kursus
sarjana muda, sujbek wajib dan subjek pilihan, malah bahasa Melayu menjadi salah satu identiti di universiti ini.
Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan responden YRU yang terdiri
daripada 30 orang responden yang mengambil kursus Sarjana Muda Program Bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk
kajian deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif dalam menganalisis tahap penerimaan bahasa Melayu dalam
kalangan responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang dibina dan direka sendiri
oleh pengkaji. Soal selidik terdiri daripada daripada 20 item. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan bahasa
Melayu secara umum responden mempunyai penerimaan pada tahap yang sederhana, iaitu mempunyai skor min 3.97
dan sisihan piawai 0.66. Didapati tiga belas item mencapai skor min pada tahap yang sederhana dan hanya tujuh item
sahaja mencapai skor min pada tahap yang tinggi. Sikap penerimaan responden YRU yang mempunyai skor min yang
paling tinggi ialah pada item ‘bahasa Melayu harus diberikan kebebasan sepenuhnya untuk berkembang dan maju’
dengan mempunyai skor min 4.80 dan sisihan piawai 0.41. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan oleh para
pendidik bahasa Melayu di YRU atau mana-mana universiti di Thailand dalam menanamkan perasaan cinta terhadap
bahasa Melayu dan memahami fungsi serta peranan bahasa Melayu di arena antarabangsa demi untuk memupuk sikap
penerimaan bahasa Melayu terhadap pelajar pada tahap yang memuaskan. |
|---|