Frasa topik dan fokus dalam bahasa Melayu: analisis program minimalis
Kajian ini menganalisis semula mengenai kewujudan Frasa Topik (FTOP) dan Frasa Fokus (FFOK) yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian ini timbul daripada isu berkenaan perbezaan Topik dan Fokus, penanda Topik dan Fokus, posisi Topik dan Fokus dalam struktur ayat serta pergerakannya dalam konst...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17262/ http://journalarticle.ukm.my/17262/1/43577-156873-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian ini menganalisis semula mengenai kewujudan Frasa Topik (FTOP) dan Frasa Fokus
(FFOK) yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian ini timbul daripada isu berkenaan
perbezaan Topik dan Fokus, penanda Topik dan Fokus, posisi Topik dan Fokus dalam struktur
ayat serta pergerakannya dalam konstituen ayat. Tujuan kajian ini ialah mengenal pasti FTOP
dan FFOK, menghuraikan struktur FTOP dan FFOK secara deskriptif dan menganalisis frasa
tersebut dengan menggunakan kerangka Minimalis bagi memperlihatkan kewujudan frasa-frasa tersebut. Fokus dan Topik sering menjadi isu berikutan kedudukannya dalam struktur
ayat. Data kajian diperoleh daripada data korpus UKM-DBP yang melibatkan ayat yang
mengandungi kata yang dan partikel –lah yang hadir dalam bentuk ayat mudah. Kata yang dan
partikal –lah dipilih bagi menentukan sama ada ia berfungsi sebagai Fokus, Topik ataupun
penanda. Data tersebut dianalisis secara teoretikal menggunakan kerangka Program Minimalis.
Hasil dapatan kajian ini mendapati bahasa Melayu mempunyai Frasa Topik (FTOP) dan Frasa
Fokus (FFOK). Satu penemuan yang baru ialah wujudnya hierarki yang unik untuk bahasa
Melayu. FFOK didapati terletak pada posisi yang lebih tinggi daripada FTOP. Kajian ini
mendakwa bahawa bahasa Melayu mempunyai struktur berbeza daripada struktur sejagat yang
dicadangkan oleh Rizzi (1995). Malah struktur FTOP dan FFOK dalam bahasa Melayu
mempunyai kedudukan berbeza bagi ayat yang mengandungi kata yang dan partikel –lah atau
kedua-duanya. Analisis ini mendapati bahawa FFOK mendahului FTOP iaitu satu penemuan
yang berbeza daripada dakwaan Rizzi yang mencadangkan FTOP mendahului FFOK secara
sejagat. |
|---|