Kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar kerja sosial
Kesediaan pelajar menempuhi alam pekerjaan sebagai pekerja sosial kompeten wajar dititikberatkan sebelum tamat pengajian di IPTA. Kesediaan kerjaya boleh meningkatkan kesedaran pengetahuan, kemahiran, minat, potensi dan personaliti sebagai pekerja sosial profesional. Tujuan utama kajian ini ad...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17158/ http://journalarticle.ukm.my/17158/1/368-Article%20Text-545-1-10-20210213.pdf |
| Summary: | Kesediaan pelajar menempuhi alam pekerjaan sebagai pekerja sosial kompeten wajar
dititikberatkan sebelum tamat pengajian di IPTA. Kesediaan kerjaya boleh meningkatkan
kesedaran pengetahuan, kemahiran, minat, potensi dan personaliti sebagai pekerja sosial
profesional. Tujuan utama kajian ini adalah meneroka kerjaya pilihan pelajar kerja sosial di
UKM bagi mendorong tahap kesediaan kerjaya sebagai pekerja sosial yang kompeten. Kurang
kajian lepas mengenai isu peningkatan pemahaman dan kesedaran pelajar dalam bidang
pengajian mereka ceburi. Isu ini adalah penting untuk mengelakkan pembaziran guna tenaga
dan modal insan negara. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif
berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara
bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik
persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah di Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan
hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama, pelajar tidak diberi
pendedahan alam pekerjaan pekerja sosial yang sebenar. Kedua, daripada aspek pembangunan
personaliti sebagai pekerja sosial, misalnya kemahiran komunikasi, interpersonal dan kerja
berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam individu, kumpulan dan komuniti. Ketiga,
motivasi dan laluan kerjaya dalam bidang kerja sosial juga tidak pernah didedahkan kepada
pelajar untuk kesediaan sebagai pekerja sosial yang kompeten. Implikasi kajian ini
mencadangkan program outreach untuk menghadapi laluan kerjaya pekerja sosial dalam
kalangan pelajar UKM perlu diperluaskan dengan membuat lawatan sambil belajar ke luar
negara, program penanda aras antara negara Asean dalam kerjaya pekerja sosial. Gabungan
pengajaran dan pembelajaran berpandukan teori dan praktis antara UKM dengan agensi
kerajaan serta IPTA lain bagi meningkatkan kebolehkerjaan dalam kalangan graduan kerja
sosial UKM. |
|---|