Analisis risiko bagi aset sistem pembetungan menggunakan analisis spatial
Sistem pembetungan penting bagi memastikan sisa kumbahan yang dilepaskan di peringkat domestik dan industri dapat dirawat dengan baik agar tidak memberi impak kepada alam sekitar. Aset-aset sistem pembetungan perlu dipantau dan diselenggara bagi mengurangkan risiko daripada berlaku. Faktor-fakto...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17129/ http://journalarticle.ukm.my/17129/1/08.pdf |
| Summary: | Sistem pembetungan penting bagi memastikan sisa kumbahan yang dilepaskan di peringkat domestik dan industri dapat
dirawat dengan baik agar tidak memberi impak kepada alam sekitar. Aset-aset sistem pembetungan perlu dipantau dan
diselenggara bagi mengurangkan risiko daripada berlaku. Faktor-faktor yang membawa kepada risiko yang bakal berlaku
kepada aset-aset ini perlu dikenalpasti, serta perlu lokasi bagi risiko-risiko ini. Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti
beberapa risiko serta lokasi risiko yang boleh berlaku kepada aset-aset dalam sistem pembetungan. Bagi mencapai tujuan
ini, faktor-faktor risiko yang akan berlaku perlu dikenalpasti. Kawasan utara Skudai telah dipilih sebagai kawasan kajian.
Analisis yang dilaksanakan adalah menilai risiko, berdasarkan kepada faktor risiko yang telah dikenalpasti, iaitu tahap
kecerunan di mana aset itu berada, dan faktor umur aset yang semakin berusia. Kawasan yang lebih tinggi kecerunan
mempunyai risiko kepada aset, serta dari segi risiko umur aset, aset yang lebih lama usianya mempunyai risiko yang lebih
tinggi. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan aset berisiko rendah (90.8%), sedikit berada pada risiko sederhana (8.9%),
manakala aset yang berisiko tinggi tidak banyak (0.3%). Hasil analisis ini boleh ditambah baik dengan lebih banyak faktor
dimasukkan. Hasil analisis ini diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan untuk mengenalpasti kedudukan aset
yang berisiko, serta seterusnya membantu dalam membuat perancangan dan keputusan yang terbaik untuk aset-aset yang
berisiko ini. |
|---|