Wacana dan pengaruh Hallyu dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu: satu analisis wacana kritis

Kajian ini menumpukan pemerhatian terhadap pengaruh budaya popular Korea/ Hallyu dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan analisis wacana kritis. Dalam kajian ini, pengkaji bermatlamat untuk mencapai objektif yang berikut. Pertama, mengenal pasti ciri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suziana Mad Saad, Qurratu‘Aina Muhd Ridhwan
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17118/
http://journalarticle.ukm.my/17118/1/344-Article%20Text-510-1-10-20201110.pdf
Description
Summary:Kajian ini menumpukan pemerhatian terhadap pengaruh budaya popular Korea/ Hallyu dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan analisis wacana kritis. Dalam kajian ini, pengkaji bermatlamat untuk mencapai objektif yang berikut. Pertama, mengenal pasti ciri-ciri linguistik (nahu dan leksikal) dan bukan linguistik (semiotik) wacana iklan produk kecantikan berbahasa Melayu yang berkaitan dengan pengaruh Hallyu. Kedua, menganalisis sifat kewacanaan iklan produk kecantikan berbahasa Melayu yang berkaitan dengan pengaruh Hallyu dan ketiga menghuraikan pengaruh budaya popular Hallyu yang tersirat dalam wacana iklan berbahasa Melayu berasaskan intertekstual, semiotik dan keinterdiskursiviti iklan tersebut. Kajian ini memanfaatkan pendekatan analisis wacana kritis yang diperkenalkan oleh Fairclough (1992) dan diubahsuai oleh Idris (2010). Analisis kajian adalah berdasarkan kepada gabungan ciri teks, sifat kewacanaan dan semiotik dalam 30 data iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu yang diambil menerusi data web. Analisis menunjukkan bahawa walaupun wacana iklan merupakan iklan produk kecantikan buatan Malaysia, ditulis dengan bahasa Melayu bagi pasaran domestik di Malaysia, namun mempunyai pengaruh Hallyu yang terserlah melalui ciri tekstual dan amalan wacana dalam teks yang dikaji. Dapat disimpulkan bahawa selain memberikan alternatif kepada pengguna tentang pemilihan produk kecantikan, ianya juga dapat memberi satu kesedaran baru tentang kewujudan pengaruh Hallyu dalam produk kecantikan wanita di Malaysia.