Dinamika integrasi politik melalui kerjasama politik di Malaysia: teras kepada tapak integrasi masyarakat multi-etnik
Makalah ini membincangkan tentang dinamika integrasi politik melalui kerjasama politik yang menjadi teras kepada tapak integrasi dalam kalangan masyarakat multi-etnik di Malaysia. Umumnya integrasi politik adalah suatu proses kerjasama politik di dalam dan antara etnik yang menjadi pemangkin...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17105/ http://journalarticle.ukm.my/17105/1/44783-144109-1-SM.pdf |
| Summary: | Makalah ini membincangkan tentang dinamika integrasi politik
melalui kerjasama politik yang menjadi teras kepada tapak integrasi
dalam kalangan masyarakat multi-etnik di Malaysia. Umumnya
integrasi politik adalah suatu proses kerjasama politik di dalam
dan antara etnik yang menjadi pemangkin kepada kerjasama dalam
masyarakat yang berbilang etnik, agama, budaya, fahaman politik
dan ideologi. Melalui pendekatan tersebut, jurang perbezaan
yang wujud dalam kepelbagaian masyarakat bukan sahaja dapat
dikurangkan malah menjadi suatu titik tolak kepada hubungan
rentas etnik yang lebih luas menerusi pelbagai dimensi. Senario
politik Malaysia sejak di ambang kemerdekaan sehingga kini
masih mengekalkan pendekatan integrasi politik dalam meraikan
kepelbagaian, menerima dan mengiktiraf perbezaan yang wujud
dalam masyarakat. Lahirnya integrasi politik melalui Perikatan,
Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif,
Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan, Muafakat Nasional dan terkini
Perikatan Nasional adalah sebagai manifestasi berteraskan kepada
pendekatan kerjasama politik. Dinamika integrasi politik menjadi
teras kepada tapak integrasi masyarakat multi-etnik Malaysia yang
dapat mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat.
Masyarakat yang dibezakan dengan latar belakang etnik, keturunan,
agama dan budaya mampu menjalani kehidupan dengan aman dan
sejahtera selagi mana kestabilan politik negara dapat dipertahankan. |
|---|