Budaya kepenyokongan sukan bola sepak sebagai tapak integrasi: penelitian terhadap kelompok Ultras Malaya
Sejak tahun 1970an lagi, pihak kerajaan menghalakan fokus kepada membina perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini diusahakan secara serius melalui pelaksanaan beberapa dasar-dasar utama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Matlamat ke...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17103/ http://journalarticle.ukm.my/17103/1/44781-144105-1-SM.pdf |
| Summary: | Sejak tahun 1970an lagi, pihak kerajaan menghalakan fokus
kepada membina perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum. Hal ini diusahakan secara serius melalui
pelaksanaan beberapa dasar-dasar utama seperti Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Matlamat kedua-dua dasar ini adalah untuk mewujudkan Perpaduan Nasional yang
diidam-idamkan. Salah satu elemen yang dimuatkan dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan adalah berkaitan dengan aktiviti sukan.
Melalui aktiviti sukan, pihak kerajaan percaya bahawa ia mampu
untuk menjambatani hubungan antara kaum, selain memupuk rasa
sepunya dan sekaligus membangkitkan semangat nasionalisme
dalam kalangan warga. Akan tetapi perlu disedari bahawa cakupan
mengenai aktiviti sukan terlalu luas untuk diterokai. Ditambah
pula, kajian mengenainya amat kurang mendapat perhatian dalam
kalangan sarjana tempatan, meskipun ia sering diungkapkan secara
meluas. Disebabkan perkara tersebut, maka peri penting untuk
memilih aspek utama yang terkandung dalam aktiviti sukan untuk
dijadikan topik perbincangan. Oleh yang demikian, kertas kerja
ini memfokuskan perbincangan mengenai kewujudan kelompok
penyokong sukan bola sepak yang menamakan diri mereka sebagai
Ultras Malaya. Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, kelibat Ultras
Malaya sedikit sebanyak memperlihatkan sinar bahawa sukan
bola sepak mampu untuk menjambatani hubungan antara kaum. Ia
dipaparkan melalui sikap kepenyokongan yang ditunjukkan oleh
kelompok tersebut. Untuk melihat perkara tersebut, peri penting untuk
kembali melihat sejarah penubuhan Ultras Malaya serta menilai
bagaimana aspek kepenyokongan yang ditampilkan oleh Ultras
Malaya boleh dijadikan sebagai medium kepada tapak integrasi.
Kertas kerja ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala data
primer diperolehi berdasarkan temu bual bersama penyelaras Ultras
Malaya, selain daripada penyertaan secara langsung penulis ke dalam kelompok tersebut. |
|---|