Integrasi ekonomi sempadan: border trade, barter trade dan perdagangan informal rentas sempadan
Perkembangan ekonomi dunia menciptakan nota kaki tersendiri hasil dari fenomena itu. 1/3 dari ruang ekonomi itu dimiliki oleh ekonomi informal juga disebut sebagai Ekonomi Lokal ataupun System D. Fenomena yang semakin berkembang biak dan bersifat pandang dunia mengambil tempat ruang ekonomi...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17102/ http://journalarticle.ukm.my/17102/1/44780-144102-1-SM.pdf |
| Summary: | Perkembangan ekonomi dunia menciptakan nota kaki tersendiri
hasil dari fenomena itu. 1/3 dari ruang ekonomi itu dimiliki oleh
ekonomi informal juga disebut sebagai Ekonomi Lokal ataupun
System D. Fenomena yang semakin berkembang biak dan bersifat
pandang dunia mengambil tempat ruang ekonomi yang ditinggalkan
oleh ekonomi formal. Manipulasi terhadap sumber yang begitu luas,
praktik yang dinamik berlangsung dalam dimensi praktik ekonomi
yang sah (legal) mahupun tidak sah (illegal), memberikan jaminan
pekerjaan yang dibayangi oleh kelangsungan (survival). Kertas kerja
ini menelusuri fenomena yang berlaku di Pulau Sebatik milik Malaysia
dan Indonesia. Pendekatan kajian bersifat kualitatif berdasarkan
temu bual informan utama. Hasil kajian membayangkan fenomena
ini berlaku atas faktor kewujudan ruang dan peluang ekonomi yang
boleh dieksploitasi demi kelangsungan dalam memenuhi tuntutan
ekonomi, terutamanya kelompok marginal di sempadan yang
akhirnya mewujudkan integrasi lokal bersifat hubungan kekerabatan
melangkaui etnik, identiti dan sempadan etnik itu sendiri. |
|---|