Keberadaan PAS di Sabah serta pencapaian dalam Pilihan Raya Umum, 1986-2018
Makalah ini menganalisis sejauhmana keberadaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Sabah serta pencapaian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dari tahun 1986 sehingga 2018. Justeru pendekatan sejarah digunakan iaitu dengan meneliti laporan-laporan akhbar, laporan pilihan raya serta temu bual ter...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17093/ http://journalarticle.ukm.my/17093/1/44771-144083-1-SM.pdf |
| Summary: | Makalah ini menganalisis sejauhmana keberadaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Sabah serta pencapaian dalam Pilihan Raya
Umum (PRU) dari tahun 1986 sehingga 2018. Justeru pendekatan
sejarah digunakan iaitu dengan meneliti laporan-laporan akhbar,
laporan pilihan raya serta temu bual terhadap beberapa individu
yang terlibat dalam perkembangan PAS Sabah di peringkat awal
bagi memberikan naratif baharu melalui makalah ini. Hasil kajian
mendapati keberadaan PAS Sabah serta pencapaian dalam pilihan
raya adalah tidak konsisten serta semakin menurun sekalipun
terdapat sedikit lenggok peningkatan berdasarkan keputusan
dalam PRU 2008 dan PRU 2013. Bahkan jika dibanding dengan
UMNO (United Malays National Organisation) dan PKR (Parti
Keadilan Rakyat) yang mana berlaku peningkatan secara vertikal
jika dibandingkan dengan pencapaian PAS pada tahap mendatar
serta tidak banyak berubah. Tidak berlaku kedinamikan dalam hala
tuju politik serta kegagalan bertahaluf siyasi dengan parti politik
dominan lain di peringkat negeri atau nasional adalah dua isu
utama yang menyelubungi PAS sehingga parti itu sukar mencapai
kemenangan dalam pilihan raya. Diharapkan makalah ini dapat
memberikan panduan kepada pemimpin politik Malaysia khususnya
dari Semenanjung yang ingin melebarkan pengaruh parti ke Sabah
selain menetapkan hala tuju parti. |
|---|