Pola sokongan belia Melayu dalam PRU-14 di beberapa DUN terpilih dalam negeri Kedah

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah salah satu pilihan raya yang telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila BN yang memerintah selama 61 tahun berjaya ditewaskan buat kali pertamanya. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pola sokongan golongan belia Melayu di kawasan luar bandar di nege...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori, Mohd Syukri Zainuddin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17037/
http://journalarticle.ukm.my/17037/1/38782-143345-1-PB.pdf
Description
Summary:Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah salah satu pilihan raya yang telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila BN yang memerintah selama 61 tahun berjaya ditewaskan buat kali pertamanya. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pola sokongan golongan belia Melayu di kawasan luar bandar di negeri Kedah. Dengan menggunakan data primer yang diperoleh daripada keputusan PRU 2018 dari Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut saluran undi golongan belia yang terdiri daripada 3 DUN luar bandar terpilih di negeri Kedah. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis berdasarkan majoriti yang dimenangi parti politik yang bertanding di kawasan tersebut yang disokong dengan maklumat sekunder iaitu kajian lepas daripada artikel jurnal, kertas seminar dan buku rujukan akademik. Hasil dari analisis tersebut, penemuan mendapati golongan belia Melayu sudah semakin berani untuk mengkritik jika terdapat pemimpin yang tidak faham dengan pandangan mereka. Hal ini juga berkait rapat dengan kecairan sifat feudal dalam jiwa generasi belia Melayu dan disebabkan itu mereka tidak lagi mengambil kisah tentang ketaatan kepada parti politik tetapi lebih kepada untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah demi kebaikan negara. Golongan belia Melayu juga merupakan golongan yang paling ramai menjadi pengundi atas pagar dan sekali gus bertindak sebagai penentu kemenangan kepada sesebuah parti politik. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa peranan belia penting dalam membentuk sebuah negara yang maju dan berani ke hadapan bagi turut serta dalam proses pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik sesebuah negara.