Pengharaman fahaman Syiah dan hubungan Malaysia-Iran
Keputusan Malaysia mengharamkan fahaman Syiah pada tahun 1996 mengejutkan ramai pihak khususnya Iran selaku rakan strategik penting di rantau Timur Tengah. Pengharaman fahaman Syiah diputuskan secara kolektif melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setelah mendapati ajaran serta pengam...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17035/ http://journalarticle.ukm.my/17035/1/38026-143341-1-PB.pdf |
| Summary: | Keputusan Malaysia mengharamkan fahaman Syiah pada tahun 1996 mengejutkan ramai pihak
khususnya Iran selaku rakan strategik penting di rantau Timur Tengah. Pengharaman fahaman
Syiah diputuskan secara kolektif melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setelah
mendapati ajaran serta pengamalannya bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah
di Malaysia. Oleh yang demikian, timbul persoalan, sejauh manakah pengharaman fahaman
Syiah yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara ini memberi kesan terhadap hubungan
luar Malaysia-Iran. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis impak pengharaman fahaman
Syiah terhadap hubungan luar Malaysia-Iran khususnya dari kerangka kerjasama diplomatik,
ekonomi, dan sosial. Kajian ini menggunakan metod pendekatan kualitatif berasaskan kaedah
temu bual, kaedah analisis bahan bercetak, serta bahan-bahan berautoritatif dari internet. Kajian
ini menggunakan teori konstruktivisme sebagai alat analisis dengan elemen seperti
persefahaman, kerjasama, idea, norma dan identiti ketika mengkonstruk hubungan antara negara.
Dapatan kajian menunjukkan, dasar negara mensekuritisasikan fahaman Syiah di peringkat
domestik sebagai ancaman terhadap keselamatan negara tidak memberi kesan terhadap hubungan
baik Malaysia-Iran. Hal ini diperkukuhkan dari petunjuk kerjasama diplomatik yang dikonstruk
baik antara Malaysia-Iran. Manakala, kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara
juga berada pada tahap yang baik serta memberangsangkan. Selain itu, kajian turut mendapati
kerjasama sosial antara Malaysia-Iran semakin meningkat saban tahun khususnya menerusi
industri pelancongan dan pendidikan tinggi. |
|---|