Pengaruh kepimpinan politik kepartian berasaskan etnik terhadap pola keputusan PRU DUN Sabah 2020
Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2020 diadakan berikutan perisytiharan pembubaran DUN Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Sabah atas pemintaan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau bertindak sedemikian kerana percaturan politik yang tidak berkesudahan d...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17015/ http://journalarticle.ukm.my/17015/1/44610-143554-1-SM.pdf |
| Summary: | Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2020 diadakan berikutan
perisytiharan pembubaran DUN Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Sabah atas pemintaan Ketua
Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau bertindak sedemikian kerana percaturan
politik yang tidak berkesudahan di Sabah oleh parti pembangkang di negeri tersebut yang
berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN Sabah dengan majoriti mudah untuk beralih sokongan
kepada bekas Ketua Menteri iaitu Tan Sri Datuk Seri Musa Aman untuk dilantik sebagai Ketua
Menteri baru. Walaupun bekas Ketua Menteri itu membawa kes pembubaran DUN Sabah ke
mahkamah namun akhirnya PRU DUN tersebut tetap diadakan. PRU DUN ini dilihat sebagai
ujian bagi melihat pengaruh WARISAN-PKR dan Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan
situasi penularan wabak Covic-19. Objektif utama artikel ini ialah untuk menganalisis pengaruh
politik kepartian berasaskan etnik dalam PRU DUN Sabah 2020. Berdasarkan analisis data
keputusan PRU DUN Sabah 2020 dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas
persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa sokongan pengundi kepada parti politik dalam
PRU DUN tersebut adalah berasaskan sentimen pimpinan kepartian etnik iaitu UMNO (BN) dan
BERSATU (PN) yang dipimpin Orang Melayu mendapat sokongan di kawasan majoriti
pengundi etnik Melayu Sabah serta Melayu Brunei pimpinan UMNO dan BERSATU; kawasan
majoriti kaum Rungus-Kadazan-Dusun-Murut oleh pimpinan etnik Kadazan-Dusun daripada
STAR dan PBS manakala WARISAN-PKR memperoleh sokongan di kawasan majoriti pengundi
etnik Bajau pimpinan etnik Bajau WARISAN dan etnik Cina di kawasan bandar pimpinan etnik
Cina DAP dan PKR yang bersekutu dengan WARISAN. Implikasi daripada penulisan artikel ini
ialah politik kepartian berasaskan etnik terus mendapat kepercayaan pengundi kerana pengundi
lebih yakin dan percaya kepada pemimpin etnik sendiri untuk memperjuangkan nasib hidup
mereka dalam jangka masa panjang. |
|---|