Profil dan tahap harga diri penagih berulang dalam kalangan orang kena pengawasan (OKP) di IPD Tangkak, Johor, Malaysia
Penyalahgunaan dan penagihan dadah telah menjadi salah satu masalah utama yang telah memberi impak maksima dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah ini dan telah sebati dalam lanskap sosial negara. Dalam konteks penggunaan dad...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17014/ http://journalarticle.ukm.my/17014/1/44608-143552-1-SM.pdf |
| Summary: | Penyalahgunaan dan penagihan dadah telah menjadi salah satu masalah utama yang telah memberi
impak maksima dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak terlepas
daripada berhadapan dengan masalah ini dan telah sebati dalam lanskap sosial negara. Dalam
konteks penggunaan dadah, relaps atau pengembalian semula tingkah laku mencari dadah, adalah
satu bentuk pemulihan spontan yang melibatkan tingkah laku berulang penggunaan dadah selepas
tempoh pantang. Relaps ini sering kali diperhatikan dalam diri individu sama ada penagihan dadah
atau sama ada bentuk pergantungan dadah. Secara realitinya, apabila lebih ramai penagih diberikan
khidmat rawatan dan pemulihan maka semakin kuranglah bilangan yang kembali menagih, tetapi
hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Kajian ini mengkaji profil dan tahap harga diri penagih
berulang dalam kalangan orang kena pengawasan (OKP) di IPD Tangkak, Johor. Kajian ini
berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui penggunaan set borang soal
selidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat. Sampel kajian adalah terdiri daripada 132
orang kena pengawasan yang dikendalikan oleh AADK. Hasil kajian mendapati profil penagihan
OKP didominasi oleh kaum lelaki, berketurunan Melayu dalam lingkungan umur antara 26 hingga
30 tahun dan berstatus sudah berkahwin. Tempoh penagih berulang adalah selama 2 hingga 3
tahun. Manakala, tahap harga diri OKP pula menunjukkan penyataan responden sering berasa
gelisah mencatat nilai min yang paling tinggi iaitu (min= 4.189, SP= 0.594). Justeru, kajian ini
dapat menjelaskan keadaan semasa mengenai bagaimana profil penagihan dan tahap harga diri
mempengaruhi OKP dalam menjalani proses rawatan menangani dadah. Dari sudut peningkatan
profesionalisme, implikasi kajian ini boleh dimanfaatkan kepada pegawai AADK dan PUSPEN
serta ahli NGO yang terlibat dalam bersama-sama untuk membanteras dadah sebagai musuh utama
negara. |
|---|