Hubungan demografi terhadap tahap pengetahuan amalan baik pembajaan oleh pekebun kecil sawit di Malaysia
Sawit (Elaeis guineensis Jacq), tanaman asli yang berasal dari Afrika Barat yang menghasilkan minyak sayuran tropika paling produktif di seluruh dunia. Pada awal tahun 1870an, pihak British telah membawa baka sawit daripada Afrika ke Malaysia sebagai tanaman hiasan. Seorang pedagang Perancis,...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17010/ http://journalarticle.ukm.my/17010/1/44291-142200-1-SM.pdf |
| Summary: | Sawit (Elaeis guineensis Jacq), tanaman asli yang berasal dari Afrika Barat yang menghasilkan
minyak sayuran tropika paling produktif di seluruh dunia. Pada awal tahun 1870an, pihak
British telah membawa baka sawit daripada Afrika ke Malaysia sebagai tanaman hiasan.
Seorang pedagang Perancis, Henri Fauconnier bertanggungjawab menanam sawit pertama
secara komersil di negara ini pada tahun 1917 di Ladang Tennamaram, Selangor. Pengeluaran
minyak sawit amat penting kepada ekonomi Malaysia dan dikenali sebagai pengeluar komoditi
kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Sehingga kini terdapat 5.90 juta hektar tanaman
sawit di negara ini. Sektor pekebun kecil persendirian (PKP) merupakan sektor penting yang
mempunyai entiti pengeluaran berskala kecil. Secara amnya, sektor ini dilihat tidak cekap dan
tidak produktif berbanding sistem pengeluaran sektor ladang. Ini disebabkan oleh kurangnya
pendedahan dan pengetahuan dalam amalan baik pembajaan yang mempengaruhi pengeluaran
buah tandan segar (BTS) yang rendah di kalangan PKP di Malaysia. Seramai 1,147 responden
yang terdiri daripada PKP dipilih dalam kajian ini. Kajian dilakukan secara temubual
bersemuka melibatkan latar belakang sosio-demografi, ciri-ciri kebun, pengetahuan dan
amalan pembajaan yang mereka lakukan di kebun. Responden dipilih berdasarkan persampelan
rawak dari setiap negeri di Malaysia. Hasil kajian mendapati majoriti responden terdiri
daripada golongan lelaki berumur 45 hingga 69 tahun dengan tahap pendidikan mereka berada
di sekolah menengah. Purata umur PKP ialah 55 tahun dengan purata pemilikan tanah 3.54 ha.
PKP membelanjakan sebanyak RM1,019.19/hektar/tahun untuk pembelian baja dengan harga
purata RM 87.77/50kg/beg. Kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai
pengetahuan asas mengenai amalan baik pembajaan. Namun begitu, kadar pembajaan oleh
PKP masih dibawah paras minimum yang disyorkan. |
|---|