Persepsi dan faktor yang mempengaruhi pembelian minyak sawit dalam kalangan pengguna domestik dan antarabangsa
Peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar dan pengenalan polisi-polisi persekitaran mempengaruhi persepsi dan kepenggunaan minyak sawit. Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi pengguna terhadap minyak sawit dan sejauhmana persepsi itu mempengaruhi tingkah laku pembelian mereka. Faktor-fa...
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17007/ http://journalarticle.ukm.my/17007/1/44258-142096-1-SM.pdf |
| Summary: | Peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar dan pengenalan polisi-polisi persekitaran
mempengaruhi persepsi dan kepenggunaan minyak sawit. Kajian ini bertujuan menganalisis
persepsi pengguna terhadap minyak sawit dan sejauhmana persepsi itu mempengaruhi tingkah laku
pembelian mereka. Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi turut dikaji. Seramai 156 orang
responden terdiri daripada tempatan (79 orang) dan antarabangsa (77 orang) ditemubual
berdasarkan satu set soalselidik. Hasil dapatan kajian pula telah diproses melalui SPSS dan
dianalisis melalui jadual bersilang, ujian Khi-Kuasa Dua dan korelasi Spearman. Hasil kajian
menunjukkan persepsi dalaman dan luaran mempengaruhi tingkah laku pembelian, manakala
faktor kewarganegaraan dan faktor setempat seperti pengaruh sosial, ketersediaan produk, dan
polisi kerajaan lebih mempengaruhi tingkahlaku pembelian produk minyak sawit. Namun
demikan, faktor demografi tidak menpengaruhi sebarang faktor pemilihan produk sawit.
Kesimpulannya, faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi pemilihan produk sawit harus dititik
beratkan untuk perlaksanaan strategi untuk menarik pembelian dan mempertingkatkan keyakinan
terhadap produk sawit. |
|---|