Kebolehsampaian makna budaya kata nama khas dalam Xi you ji (Hikayat Jelajah ke Barat)
Makalah ini bertujuan mencerakin faktor kebolehsampaian dan ketidakbolehsampaian makna budaya kata nama khas (KNK) daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Korpus kajian melibatkan sejumlah 90 KNK yang dikutip secara manual daripada hikayat Xiyouji, dan teks sasarannya, Hikayat Jelajah ke Ba...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16999/ http://journalarticle.ukm.my/16999/1/44248-142077-1-SM.pdf |
| Summary: | Makalah ini bertujuan mencerakin faktor kebolehsampaian dan ketidakbolehsampaian makna
budaya kata nama khas (KNK) daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Korpus kajian
melibatkan sejumlah 90 KNK yang dikutip secara manual daripada hikayat Xiyouji, dan teks
sasarannya, Hikayat Jelajah ke Barat. Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang
dipilih secara eklektik, iaitu definisi KNK yang digagaskan oleh Wang Li (1947) dan Li Rui
(2014); pengkategorian makna budaya KNK mengikut takrifan ensiklopedia agama Buddha
Zhongguo Fojiao Baike Quanshu (2001), kamus besar agama Taoisme Zhonghua Daojiao
Dacidian (1995) dan definisi Li Rui (2014); penentuan ketepatan makna melalui takrifan
Larson (1984) dan Newmark (1988). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor
kebolehsampaian makna budaya ialah kewujudan elemen budaya dalam jaringan
sosiolinguistik bahasa Cina-bahasa Melayu berikutan interaksi antara budaya, kesesuaian
teknik terjemahan yang dimanfaatkan, dan makna budaya yang upaya difahami melalui konteks
ayat. Faktor ketidakbolehsampaian makna budaya ialah ketidakwujudan makna budaya dalam
jaringan sosiolinguistik bahasa Cina-bahasa Melayu, dan perbezaan makna budaya antara
sistem pengiraan waktu mengikut kalender lunar dan konsep masa Melayu. Sesungguhnya,
penerokaan makna budaya kata nama khas secara keseluruhan dan pengaplikasian teori
terjemahan yang tepat adalah mustahak bagi memastikan kebolehsampaian makna budaya kata
nama khas ke dalam teks sasaran. |
|---|