Kesan sumber stres kerja ke atas kesejahteraan psikologi anggota penguat kuasa
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan sumber stres kerja ke atas kesejahteraan psikologi anggota penguat kuasa. Bukan itu sahaja, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan sumber stres kerja ke atas autonomi, penguasaan pada persekitaran, pertumbuhan personal, hubungan p...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16986/ http://journalarticle.ukm.my/16986/1/41591-133059-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan sumber stres kerja ke atas
kesejahteraan psikologi anggota penguat kuasa. Bukan itu sahaja, objektif kajian ini adalah
untuk mengkaji kesan sumber stres kerja ke atas autonomi, penguasaan pada persekitaran,
pertumbuhan personal, hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, penerimaan
kendiri dalam kalangan anggota penguat kuasa. Kaedah pensampelan berstrata rawak mudah
telah digunakan untuk memilih 363 responden dalam kajian ini. Namun demikian, hanya
seramai 331 orang responden sahaja yang melengkapkan borang soal selidik. Job Stress Survey
(JSS) versi Melayu dan Ryff’s Psychological Well-Being Scale (PWBS) versi Melayu telah
digunakan untuk menguji hipotesis dalam kajian ini. Permodelan Persamaan Berstruktur Kuasa
Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) digunakan untuk menguji kesan sumber stres kerja ke atas
kesejahteraan psikologi dan dimensi-dimensinya dalam kalangan responden. Data dianalisis
dengan menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2.8 (versi Profesional). Hasil kajian
menunjukkan terdapat kesan sumber stres kerja yang negatif dan signifikan ke atas
kesejahteraan psikologi. Dapatan Kajian juga menunjukkan sumber stres kerja mempunyai
kesan negatif yang signifikan ke atas penguasaan pada persekitaran dan penerimaan kendiri
dalam kalangan anggota penguat kuasa. Justeru itu, pihak atasan perlu mengambil langkah
yang sesuai dan berkesan untuk mengurangkan kesan sumber stres dan seterusnya
meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan anggota penguat kuasa. Dapatan
kajian ini mewujudkan implikasi yang amat penting dan bermanfaat kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dalam usaha untuk melahirkan penjawat awam yang
berkebolehan dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dalam dunia
perkhidmatan awam. |
|---|