E-komik Hikayat Patani: Putera Pewaris Kerajaan (satu analisis tekstual, kepentingan dan cabaran)
Pada era globalisasi kini, komik fizikal telah mengalami transformasi yang memperlihatkan perubahan daripada komik yang dicetak kepada penghasilan e-komik dalam talian. Namun, kajian berkaitan e-komik masih terhad. Melihat kepada kelompongan ini, kajian ini diusahakan ke atas e-komik Hikayat Pat...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16976/ http://journalarticle.ukm.my/16976/1/43972-159604-1-PB.pdf |
| Summary: | Pada era globalisasi kini, komik fizikal telah mengalami transformasi yang memperlihatkan perubahan
daripada komik yang dicetak kepada penghasilan e-komik dalam talian. Namun, kajian berkaitan e-komik masih terhad. Melihat kepada kelompongan ini, kajian ini diusahakan ke atas e-komik Hikayat
Patani: Putera Pewaris Kerajaan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kajian ini melibatkan tiga
analisis utama, iaitu tekstual, kepentingan dan cabaran. Analisis tekstual menggunakan lima prinsip
komik yang diperkenalkan oleh Hall di dalam penulisannya Five Essential Principles of Comics and
Cartooning. Manakala, analisis kepentingan dan cabaran menggunakan kaedah kepustakaan. Hasil
analisis dalam aspek tekstual mendapati, e-komik tersebut memenuhi kelima-lima prinsip komik oleh
Hall. Hal ini menunjukkan e-komik tersebut mempunyai mutu yang tinggi. Malah, ilustrasi yang
dihasilkan juga kaya dengan jati diri Melayu dan tidak terpengaruh dengan sebarang teknik bentuk
komik lain serta dihadirkan dengan kandungan cerita yang menarik. Dari aspek kepentingan, e-komik
tersebut dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari teks tradisional Hikayat Patani dan
sejarah Negeri Patani serta menjadi alat dalam memupuk minat generasi muda untuk membaca dan
memperoleh ilmu. Jaringan internet yang lemah, penghasilan bab yang sedikit dan masalah kos yang
tinggi adalah masalah yang perlu ditangani, dalam penghasilan e-komik. Justeru, kajian ini mendapati
penting bagi lebih banyak e-komik berdasarkan sumber sejarah ataupun teks tradisional supaya
peradaban bangsa terus terpelihara. |
|---|