Kearifan tempatan dalam pertanian sara diri: satu sorotan
Perbincangan berkaitan kearifan tempatan dalam kalangan akademia dan masyarakat awam telah lama diperkatakan memandangkan ianya mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan ini termasuklah kepelbagaian makna dan takrifan kearifan tempatan yang tidak lari dari konsep asasnya merangkumi elemen per...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16947/ http://journalarticle.ukm.my/16947/1/46782-151106-1-SM.pdf |
| Summary: | Perbincangan berkaitan kearifan tempatan dalam kalangan akademia dan masyarakat awam
telah lama diperkatakan memandangkan ianya mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan
ini termasuklah kepelbagaian makna dan takrifan kearifan tempatan yang tidak lari dari konsep
asasnya merangkumi elemen persekitaran fizikal, budaya dan tradisi serta warisan. Kearifan
tempatan yang wujud dalam pelbagai situasi membentuk keupayaannya tersendiri mendepani
persekitarannnya. Pengaruh kearifan tempatan turut wujud dalam aktiviti pertanian sara diri.
Sehubungan itu, artikel ini membincangkan sorotan berkaitan kearifan tempatan, pengetahuan
tersirat dan pertanian sara diri dalam komuniti Melayu. Bagi mencapai objektif dan tujuan
tersebut, kajian ini mengaplikasikan sorotan kepustakaan melalui jurnal, buku dan log catatan
di seminar dengan rujukan terhadap kearifan tempatan dan pertanian sara diri. Data
dikumpulkan termasuklah berkaitan konsep asas, pengkelasan dan pengaruh kearifan tempatan
dan pengetahuan tersirat serta kedinamikan pertanian sara diri dalam pelbagai ruang. Hasil
dapatan menunjukkan pengaruh kearifan tempatan wujud dalam pertanian sara diri melalui
alam persekitarannya. Diharapkan artikel ini dapat menyumbangkan ilmu berkaitan kearifan
tempatan sekaligus membantu para pengkaji lain membuat perancangan dalam melestarikan
dan meletakkan nilai kearifan tempatan di tempat seadilnya. |
|---|