Impak penglibatan komuniti dalam pembangunan pelancongan luar bandar
Industri pelancongan telah terbukti boleh menyumbangkan pelbagai impak yang positif terutama kepada penduduk di kawasan pelancongan. Malaysia misalnya telah menjadi tarikan pelancong untuk sekian lamanya disebabkan keindahan kawasan luar bandar yang masih belum diterokai. Walaubagaimanapun pro...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16945/ http://journalarticle.ukm.my/16945/1/46766-151075-1-SM.pdf |
| Summary: | Industri pelancongan telah terbukti boleh menyumbangkan pelbagai impak yang positif
terutama kepada penduduk di kawasan pelancongan. Malaysia misalnya telah menjadi tarikan
pelancong untuk sekian lamanya disebabkan keindahan kawasan luar bandar yang masih belum
diterokai. Walaubagaimanapun proses pembangunan pelancongan memerlukan penglibatan
yang aktif daripada komuniti tempatan. Persoalan kajian ini adalah sejauhmanakah penglibatan
komuniti setempat membantu proses pembangunan lestari kawasan pelancongan dan apakah
bentuk impak yang diterima oleh komuniti tempatan yang berada dikawasan pelancongan.
Objektif kajian ini adalah untuk meneliti penglibatan komuniti luar bandar dalam
pembangunan lestari dan impak yang diterima oleh komuniti Tanjung Sedili yang berada di
kawasan pelancongan. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini melalui
temubual mendalam. Seramai 6 orang informan dipilih menggunakan kaedah persampelan
bukan kebarangkalian iaitu persampelan snowball digunakan. Hasil kajian ini mendapati
bahawa penglibatan komuniti tempatan adalah berada pada tahap simbolik dalam
pembangunan pelancongan luar bandar. Dalam masa yang sama, impak ekonomi terhadap
komuniti luar bandar adalah sangat baik berbanding dengan impak sosial. Kesimpulan kajian
ini ialah impak penglibatan komuniti dalam pembangunan pelancongan luar bandar perlu
diberi nilai tambah bagi merangsang penglibatan aktif komuniti luar bandar. Implikas kajian
ini ialah pihak kerajaan harus memastikan program-progam yang telah dijalankan benar-benar
memberi manfaat kepada golongan sasaran melalui pendekatan bersepadu antara komuniti
sasaran dan pihak perancang pembangunan. |
|---|