Evolusi dan dinamika geopolitik dan sosiopolitik gerakan politik di Malaysia
Gerakan politik merupakan gerakan bersifat berkumpulan dan berpersatuan untuk memperjuangkan sesuatu perkara dengan cara kempen, desakan dan menyertai pilihan raya bagi mendapatkan kuasa untuk menjayakan perkara yang dijuangkan. Gerakan politik merangkumi perkumpulan berdasarkan ketua, persatu...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16943/ http://journalarticle.ukm.my/16943/1/46763-151055-1-SM.pdf |
| Summary: | Gerakan politik merupakan gerakan bersifat berkumpulan dan berpersatuan untuk
memperjuangkan sesuatu perkara dengan cara kempen, desakan dan menyertai pilihan raya bagi
mendapatkan kuasa untuk menjayakan perkara yang dijuangkan. Gerakan politik merangkumi
perkumpulan berdasarkan ketua, persatuan dan parti politik yang mempunyai barisan
kepimpinan, organisasi, matlamat perjuangan dan aktiviti ke arah menjayakan perkara yang
diperjuangkan. Oleh itu, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis evolusi
dan dinamika geopolitik dan sosiopolitik gerakan politik di Malaysia sejak sebelum merdeka
sehingga masa kini. Penulisan artikel ini menggunakan pendekatan penghuraian maklumat
kualitatif daripada sumber sekunder iaitu artikel jurnal, buku akademik dan kertas persidangan
berdasarkan tema evolusi gerakan politik di Malaysia yang kemudiannya dianalisis berdasarkan
impak geopolitik dan sosiopolitik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud geopolitik atau
kuasa gerakan politik berlandaskan kepada keadaan penguasa politik pada sesuatu masa
manakala sosiopolitik gerakan politik memperlihatkan penyertaan rakyat terhadap gerakan
politik pada sesuatu masa adalah berdasarkan kepada isu semasa, perkembangan teknologi
komunikasi maklumat, kepimpinan dan keadaan sosioekonomi semasa. Justeru, evolusi dan
dinamika geopolitik dan sosiopolitik gerakan politik di negara ini amat menarik untuk dikaji dan
dijadikan panduan oleh semua pihak untuk mewujudkan situasi politik negara yang aman dan
stabil serta sebagai strategi bagi mendapatkan sokongan pengundi dan semua pihak dalam
menjayakan matlamat perjuangan politik masing-masing berdasarkan peruntukan yang telah
ditetapkan oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. |
|---|