Analisis status alam sekitar semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 di Malaysia

Alam sekitar adalah antara agenda utama ke arah mencapai pembangunan mampan dalam sesebuah negara. Sungguhpun isu ini penting, namun bilangan kajian yang berkaitan dengan status alam sekitar mengikut pandangan masyarakat masih berkurangan dalam konteks Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, matl...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jeffrey Lawrence D'Silva, Haliza Abdul Rahman, Dzuhailmi Dahalan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16925/
http://journalarticle.ukm.my/16925/1/27.pdf
Description
Summary:Alam sekitar adalah antara agenda utama ke arah mencapai pembangunan mampan dalam sesebuah negara. Sungguhpun isu ini penting, namun bilangan kajian yang berkaitan dengan status alam sekitar mengikut pandangan masyarakat masih berkurangan dalam konteks Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji status alam sekitar khasnya semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 dan mengenal pasti faktor yang boleh mempengaruhi status alam sekitar di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan pengumpulan data dilakukan melalui survei dalam talian dengan jumlah responden seramai 507. Hasil kajian menunjukkan status alam sekitar bertambah baik semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 disebabkan penggunaan bahan api fosil dan bilangan kenderaan di jalan raya telah berkurangan. Sementara itu, perkara yang perlu diberi perhatian adalah mengenai keadaan sungai dan pengurusan sisa klinikal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian ini mencadangkan tiga perkara yang boleh dilaksanakan untuk kelestarian alam sekitar iaitu untuk meneliti bidang keutamaan ekonomi negara, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan pengurusan sisa klinikal yang lebih cekap.