Lukut, 1846-1864: bandar terawal di Selangor
Artikel ini bertujuan mengkaji perkembangan Lukut semasa berada di bawah kekuasaan Kesultanan Selangor. Sehingga pertengahan abad ke-19, Lukut merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan hasil bijih timah. Keadaan ini menyebabkan golongan elit Melayu dan pemodal Cina mula berhijrah dan menetap...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16866/ http://journalarticle.ukm.my/16866/1/41451-132546-1-SM.pdf |
| Summary: | Artikel ini bertujuan mengkaji perkembangan Lukut semasa berada di
bawah kekuasaan Kesultanan Selangor. Sehingga pertengahan abad
ke-19, Lukut merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan hasil bijih
timah. Keadaan ini menyebabkan golongan elit Melayu dan pemodal
Cina mula berhijrah dan menetap di Lukut untuk terlibat dalam
kerja-kerja melombong bijih timah. Kehadiran mereka bersama-sama dengan pengikut dan tenaga buruh yang ramai menyebabkan
fungsi Lukut sebagai kawasan petempatan semakin berkembang.
Semasa ditadbir oleh Raja Jumaat (1846-1864), perkembangan
sektor perlombongan bijih timah di Lukut mencapai tahap kemuncak
sehingga mengubah reka bentuk landskapnya menjadi sebuah
petempatan termaju yang dilengkapi dengan ciri-ciri sebuah bandar.
Justeru, artikel ini akan menganalisis sejauh mana tadbir urus
yang dilaksanakan oleh Raja Jumaat telah menyumbang kepada
pembentukan Lukut sebagai sebuah bandar. Hasil kajian mendapati
kejayaan Raja Jumaat meletakkan dirinya sebagai pembesar yang
sah menjadi titik permulaan kepada kemajuan Lukut. Keupayaan
mentadbir urus aktiviti melombong bijih timah dan pelaksanaan
sistem kutipan cukai yang cekap telah mengukuhkan kedudukan
ekonomi Raja Jumaat. Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai
pembesar, pelbagai bentuk kemudahan asas dan perkhidmatan telah
disediakan oleh Raja Jumaat dalam proses membangunkan Lukut
sebagai kawasan pegangannya. Pembinaan infrastrutur dan jaminan
keselamatan telah membentuk aturan kehidupan penduduk Lukut
yang lebih kompleks dan teratur. Ternyata penyediaannya untuk
memenuhi keperluan penduduk selain menarik kehadiran pemodal
supaya melabur dalam sektor perlombongan bijih timah telah menjadi
pencetus kepada pembentukan Lukut sebagai sebuah bandar. |
|---|