Hubungan Jardine Matheson & Co. (JM) dan Dinasti Ch’ing 1832-1912: dari musuh menjadi kawan
Artikel ini menilai bentuk hubungan dan usaha yang dilakukan oleh Jardine Matheson & Co. untuk mewujudkan hubungan dengan Dinasti Ch’ing. Skop perbincangan bermula penubuhan JM di China pada tahun 1832 sehingga berakhirnya pemerintahan Dinasti Ch’ing pada 1912. Sepanjang tempoh tersebut,...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16863/ http://journalarticle.ukm.my/16863/1/41436-132489-2-PB.pdf |
| Summary: | Artikel ini menilai bentuk hubungan dan usaha yang dilakukan
oleh Jardine Matheson & Co. untuk mewujudkan hubungan dengan
Dinasti Ch’ing. Skop perbincangan bermula penubuhan JM di China
pada tahun 1832 sehingga berakhirnya pemerintahan Dinasti Ch’ing
pada 1912. Sepanjang tempoh tersebut, hubungan antara Jardine
Matheson & Co. (JM) dan Dinasti Ch’ing mengalami fasa perubahan.
Pada peringkat awal, hubungan antara keduanya adalah tidak baik
disebabkan oleh perbezaan dasar dan pandangan berkaitan diplomasi
dan perdagangan. Kerajaan Ch’ing mengamalkan dasar pintu tertutup
sebaliknya Barat mengamalkan perdagangan bebas. Pedagang Barat
seperti Jardine dan Matheson melihat China sebagai sumber ekonomi
dan pasaran yang menguntungkan. Namun, keengganan Kerajaan
Ch’ing mengubah dasar dan mengenakan sekatan undang-undang ke
atas pedagang Barat menyebabkan Jardine mempengaruhi Kerajaan
Britain untuk menggunakan kekerasan ke atas China. Akhirnya,
Britain bersetuju mengisytiharkan perang dan China terpaksa
akur dengan kekuatan Britain. Kemenangan Britain membolehkan
JM berkembang pesat di China. Menjelang pertengahan abad ke-19, JM tidak lagi bergantung dengan perdagangan candu semata-mata tetapi mula terlibat dalam sektor perkilangan, perkhidmatan
dan sebagainya. Bagi mengukuhkan kedudukan syarikat, generasi
kedua JM mula berusaha untuk memulihkan hubungan dengan
pihak kerajaan Ch’ing. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh JM
antaranya seperti melantik orang Cina sebagai orang tengah,
memberi pinjaman kewangan serta membantu dalam rancangan
pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Ch’ing. Justeru itu,
kajian ini menggunakan kajian sejarah dengan meneliti rekod,
dokumen dan surat menyurat milik JM dan Kerajaan Ch’ing di
Arkib Janus, University of Cambridge dan the National Archives,
London. Hasil kajian mendapati JM berjaya mewujudkan hubungan
dengan Kerajaan Ch’ing dalam aspek ekonomi disebabkan Kerajaan
Ch’ing sendiri memerlukan bantuan dan sokongan daripada Barat dalam usaha kerajaan untuk membangunkan dan pemodenan dalam
Gerakan Memperkuatkan Diri (GMD) di China. |
|---|