Sumber historiografi al-Attas dalam pentafsiran sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu
Artikel ini menganalisis sumber historiografi Syed Muhammad Naquib al-Attas yang dibincangkan dalam pentafsiran sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu. Menurut Barton, perspektif dan kesimpulan akhir seorang sejarawan bergantung pada sumber-sumber yang dirujuk. Justeru, menge...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16857/ http://journalarticle.ukm.my/16857/1/47783-154742-1-SM.pdf |
| Summary: | Artikel ini menganalisis sumber historiografi Syed Muhammad
Naquib al-Attas yang dibincangkan dalam pentafsiran sejarah
kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu. Menurut Barton,
perspektif dan kesimpulan akhir seorang sejarawan bergantung pada
sumber-sumber yang dirujuk. Justeru, mengetahui dan menganalisis
sumber historiografi yang dirujuk al-Attas adalah untuk memahami
pentafsiran beliau tentang sejarah. Kaedah tafsiran sejarah dan
analisis teks diaplikasi untuk mengumpul data dan menganalisis
karya-karya al-Attas yang mengandungi data-data sejarah awal Islam
di Alam Melayu. Karya-karya tersebut adalah Preliminary Statement
on a General Theory of the Islamization of The Malay - Indonesian
Archipelago, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, The
Correct Date of Terengganu Inscription dan Historical Fact and
Fiction. Kajian ini memperincikan sumber-sumber primer dalam
tafsiran sejarah al-Attas iaitu al-Qur’an, hadis, artifak, geneologi
dan naskhah-naskah Melayu lama. Kajian mendapati sumber-sumber
sejarah primer ini dipilih oleh al-Attas kerana sumber-sumber ini
paling berautoriti dalam pentafsiran sejarah kedatangan Islam di
Alam Melayu. |
|---|